• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DBKL Sambut Baik Penubuhan Pasukan Khas SPRM

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyambut baik penubuhan pasukan khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk memperbaiki amalan, sistem dan prosedur DBKL.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz berkata, DBKL akan memberi kerjasama penuh kepada pasukan itu bagi memantapkan lagi sistem dan prosedur kerjanya.

“DBKL amat prihatin dan telus dalam memastikan tiada pegawai dan kakitangan DBKL terlibat dalam perbuatan salah guna salah kuasa dan penyelewangan.

“Ini kerana sistem tadbir urus awam yang baik dan budaya kerja berkualiti serta berintegriti merupakan landasan penting dalam meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mhd. Amin berkata, DBKL bersedia untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap cadangan yang bakal diutarakan oleh pasukan khas tersebut.

SPRM semalam memaklumkan menubuhkan sebuah pasukan khas bagi meneliti secara khusus isu kelemahan sistem dan prosedur bagi tujuan penambahbaikan dalam usaha memantapkan proses kerja DBKL.

Pasukan itu ditubuhkan bagi menutup ruang dan peluang daripada berlaku ketidakpatuhan dalam pelaksanaan projek-projek di DBKL dengan meneliti punca-punca kelemahan yang wujud dan memperakukan cadangan serta nasihat bagi menanganinya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: DBKLSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

BERSAMA Desak SPR, SPRM Siasat Dakwaan Pemberian RM200 Kepada Pengundi Paya Rumput

BERSAMA Desak SPR, SPRM Siasat Dakwaan Pemberian RM200 Kepada Pengundi Paya Rumput

30/10/2026
0

MELAKA - Parti BERSAMA menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan pemberian wang RM200...

SPRM Belum Temui Unsur Rasuah, Penyelewengan Dalam Pelaburan KWAP Di eFishery – MOF

SPRM Belum Temui Unsur Rasuah, Penyelewengan Dalam Pelaburan KWAP Di eFishery – MOF

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) belum menemukan sebarang unsur salah laku jenayah melibatkan rasuah atau penyelewengan berkaitan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd