• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Ajak MCA Tumbangkan Parti Melayu UMNO

oleh Ahmad Albab
11/09/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – DAP mengambil kesempatan untuk memecahbelahkan perpaduan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) dengan menghasut MCA supaya meninggalkan parti Melayu UMNO berikutan kenyataan kontroversi seorang pemimpin MCA baru-baru ini.

Pemimpin DAP, Lim Lip Eng turut menghasut pemimpin MCA segera meletakkan jawatan menteri, exco negeri, ahli majlis kerajaan tempatan dan jawatan kerajaan lain untuk bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bagi menumbangkan parti Melayu itu.

“Mereka yang enggan berbuat demikian wajar dilihat sebagai pengkhianat terhadap perjuangan MCA.

“Mungkin jika MCA bertindak sebagai sebuah parti parti pembangkang dan mungkin juga parti baru Tun Mahathir (PPBM) berminat untuk bekerjasama dengan mereka untuk menewaskan UMNO dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata demikian berikutan kenyataan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang percaya lebih baik UMNO menjadi jaguh kampung daripada menjadi seperti MCA yang mempunyai bilangan kerusi yang kecil di Parlimen.

Baca: ‘Lebih Baik Jadi Jaguh Kampung, Menang 88 Kerusi’

Mohamed Nazri membuat kenyataan itu berikutan kenyataan pemimpin MCA, Datuk Seri Ti Lian kononnya UMNO menggunakan taktik menakut-nakutkan bangsa lain bagi memenangi hati pengundi Melayu.

Mohamed Nazri menegaskan, TI tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seperti itu berana UMNO bukan sahaja menang di kawasan luar bandar, tetapi juga kerusi di bandar seperti Johor Bahru, Titiwangsa dan Setiawangsa. - MYNEWSHUB.CC

Tags: DAPMCAUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Selangor Saran ADUN DAP Siew Ki, Ronnie Liu Kunjungi Plak Monumen Rukun Negara Seminggu Sekali

Sultan Selangor Saran ADUN DAP Siew Ki, Ronnie Liu Kunjungi Plak Monumen Rukun Negara Seminggu Sekali

19/05/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyarankan Wong Siew Ki dari DAP dan bekas Exco DAP Negeri...

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd