• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Chong Wei Hampiri Gelaran Keenam Terbuka Jepun

oleh AK-47
24/09/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) — Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei hanya selangkah lagi untuk merangkul gelaran keenam Siri Super Terbuka Jepun 2016 selepas dengan mudah melangkah ke final di Tokyo.

Pada saingan separuh akhir di Gimnasium Metropolitan Tokyo hari ini, Chong Wei menempah tiket final dalam masa 42 minit selepas menyingkirkan pemain utama Jerman, Marc Zwiebler 21-14 dan 21-15.

Chong Wei, yang juga pemenang pingat perak pada Sukan Olimpik Rio 2016, akan mempertahankan gelarannya apabila menentang pemain pilihan ketiga, Jan O Jorgensen pada final esok, Pemain utama Denmark itu turut mara ke final selepas membenam pemain Korea Selatan, Son Wah Ho dalam straight set 21-14 dan 21-19 pada satu lagi saingan separuh akhir.

Sebagai rekod, Chong Wei telah menjuarai Terbuka Jepun sebanyak lima kali sebelum ini iaitu pada 2007, 2010, 2012, 2013 dan 2014.
Dalam pada itu, beregu campuran utama negara, Chan Peng Soon/Goh Liu Ying, yang juga pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, bagaimanapun, gagal mara ke final pada kejohanan bernilai US$300,000 (RM1.23 juta) itu.

Pasangan negara itu tewas kepada beregu pilihan utama, Ko Sung Hyun/Kim Ha Na dari Korea Selatan 21-14 dan 21-18 pada perlawanan separuh akhir.

Gandingan Korea itu akan menentang pasangan pilihan ketujuh, Zheng Siwei/Chen Qingchen selepas pasangan China itu mengejut pasangan senegara dan pilihan keenam, Lu Kai/Huang Yaqiong 21-11 dan 21-19 pada satu lagi perlawanan separuh akhir. – BERNAMA

Tags: Lee Chong Weiterbuka jepun
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Kilang Beras Maut Digilis Lori

Chong Wei Terkandas Di Paris

21/04/2024
0

BEKAS pemain badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei dan keluarganya terperangkap di Paris kerana banjir kilat di Dubai, Emiriah...

Adakala Muntah Di Gelanggang, Otot Kejang Ketika Balik Ke Rumah

28/12/2019
0

LEGENDA badminton negara, Datuk Lee Chong Wei hari ini mengucapkan terima kasih kepada semua jurulatih yang membantu beliau sehingga terkenal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd