• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

CCTV Rakam SUV Rempuh Pejalan Kaki

oleh AK-47
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBUAH rakaman kamera litar tertutup (CCTV) merakam satu insiden melibatkan kenderaan utiliti sukan (SUV) merempuh beberapa orang pejalan kaki yang berdiri di tepi jalan di Yichang wilayah Hubei, China.

Menurut portal Shanghaiist, pemandu SUV berusia 32 tahun dikenali sebagai Zeng mendakwa kegagalannya mengawal kenderaan itu adalah berpunca daripada kakinya tergelincir kerana memakai selipar ketika memandu lalu tertekan pedal minyak.

Menerusi video berdurasi 42 saat yang tersebar, dapat dilihat SUV berwarna putih merempuh seorang lelaki yang sedang berjalan di hadapan sebuah kedai.

CCTV Rakam SUV Rempuh Pejalan Kaki

CCTV Rakam SUV Rempuh Pejalan Kaki

Kemudian ianya dilihat menghala ke arah jalan raya dan kembali merempuh beberapa lagi orang awam yang berdiri berhampiran jalan raya tersebut.

Rempuhan itu menyebabkan beberapa mangsa bergelimpangan jatuh sebelum SUV itu merempuh tebing simen lot kedai yang terdapat di situ dan hilang dari rakaman CCTV.

Beberapa orang awam yang berada di tempat kejadian dilihat membantu mangsa kejadian itu.

Pihak berkuasa tempatan menafikan kejadian itu berpunca daripada pengaruh alkohol dan penyalahgunaan dadah.

Manakala pihak hospital tempatan memberitahu keenam-enam mangsa yang dirempuh hanya mengalami kecederaan ringan sahaja dan tiada yang kritikal. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Chinapejalan kakiSUV
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Umum Lawatan Beliau Ke China Membuahkan Hasil Potensi Pelaburan

PMX Anwar Umum Lawatan Beliau Ke China Membuahkan Hasil Potensi Pelaburan

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR - "Alhamdulillah, lawatan kerja saya ke Shanghai dan Hangzhou telah membuahkan hasil yang bermakna, terutamanya dalam memanfaatkan potensi...

PMX Anwar Puji Kelajuan, Kecepatan Kereta Api Berkelajuan Tinggi HSR

PMX Anwar Puji Kelajuan, Kecepatan Kereta Api Berkelajuan Tinggi HSR

23/09/2026
0

HANGZHOU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) selepas pertama kali menaiki HSR...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd