• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Brunei Mula Lancar Teksi Bermeter Atasi Kereta Sapu

oleh
15/10/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANDAR SERI BEGAWAN – Meskipun sudah merdeka daripada penjajahan Britain sejak 1984, operasi teksi di Brunei tidak pernah menggunakan meter untuk penetapan tambang perjalanan.

Sebaliknya, kadar ditetapkan sendiri oleh pemandu atau tawar-menawar harga dengan penumpang sementelahan hanya ada lebih kurang 50 buah teksi di seluruh negara kecil yang kaya minyak di rantau Asia tenggara itu.

Penggunaan teksi cuma popular dalam kalangan pekerja asing atau pelancong luar kerana sebahagian besar daripada hampir 500,000 penduduk Brunei memiliki kenderaan persendirian untuk bergerak ke mana-mana.

Namun, ia menyebabkan kemunculan lebih 200 buah ‘kereta sapu’ oleh pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan mengenakan caj mahal selain mencemar imej Brunei yang berpegang teguh kepada ajaran Islam.

Teksi berlesen di Brunei dikendalikan individu, dengan setiap pemandu perlu membayar lesen B$50 (RM152) setiap enam bulan serta insurans tahun pertama B$3,000 (RM9,124) disusuli tahun seterusnya B$1,000 (RM3,041).

Baca: Brunei Potong Gaji Penjawat Awam Sebab Kawal Ketat Bajet

Brunei Mula Lancar Teksi Bermeter Atasi Kereta Sapu

Susulan itu, Kementerian Komunikasi melancarkan sistem teksi bermeter pada 23 September sempena keberkatan Jumaat sebagai penghulu segala hari bertempat di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei di sini.

Buat permulaan tambang ditetapkan B$3.50 (kira-kira RM10.65) untuk satu kilometer yang pertama atau seminit pertama, yang mana dahulu; sebelum caj ditambah B$0.80 (RM2.43) setiap satu minit atau per kilometer.

Majlis bersejarah itu dirasmikan oleh menterinya, Dato’ Seri Setia Haji Mustappa Haji Sirat, lapor akhbar The Brunei Times selain turut mengumumkan hasrat kerajaan untuk menambah bilangan hentian teksi di seluruh negara.

Isu itu turut diakui Pengarah Jabatan Pengangkutan Darat, Dr. Haji Supry Haji Ladi yang juga Pengerusi Lembaga Pelesenan Pengangkutan Bermotor yang hadir pada majlis berkenaan kerana setakat ini hanya ada lima hentian.

Pihaknya berharap dapat menambah lebih lima hentian baharu dalam usaha menggalakkan rakyat menaiki teksi selain memperkenalkan aplikasi tempahan atas talian berteknologi tinggi untuk penumpang menghubungi teksi.

Baca: Puluhan Negara Tak Cuti Krismas Tapi Brunei Dihentam

Brunei Mula Lancar Teksi Bermeter Atasi Kereta Sapu

Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Teksi Brunei, Robert Sia berharap, pelaksanaan sistem bermeter akan menarik penduduk memilih perkhidmatan awam tersebut terutama untuk mengelak kesukaran mencari parkir di bandar.

“Tambang teksi ini sebenarnya lebih murah jika dinaiki maksimum empat penumpang dan jimat masa meninjau petak parkir kosong apabila pergi ke pusat beli-belah pada waktu puncak,” katanya kepada The Brunei Times.

Bagaimanapun Sia turut berharap pihak hotel tempatan menggalakkan pelanggan mereka menaiki teksi kerana ramai dilaporkan merungut terpaksa menaiki van ulang-alik disediakan hotel dengan dikenakan caj lebih mahal.

“Ini masalah besar. Misalnya ada dua teksi di kawasan Kuala Belait/Seria dan lapan hotel di situ tetapi pemandu mengadu mereka langsung tidak dipanggil untuk angkut penumpang,” jelasnya.

Teksi di Brunei mudah dikenali kerana menggunakan plat pendaftaran yang berlatar belakang warna hijau selain perkataan TEKSI atau TAXI di kedua-dua pintu hadapan kereta berkenaan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: BruneiKereta SapuTeksi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Agong, Permaisuri Buat Lawatan Negara Ke Brunei Esok

Agong, Permaisuri Buat Lawatan Negara Ke Brunei Esok

12/10/2024
0

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah akan mengadakan lawatan negara ke Brunei...

Brunei Kekal Tangguh Buka Sempadan

08/06/2022
0

KUCHING: Brunei meneruskan penangguhan aktiviti merentas sempadan negara itu terhadap warga asing sehingga 15 Jun ini. Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram Jabatan Perdana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd