• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bocor Maklumat 1MDB: Rafizi Diarah Bela Diri

oleh AK-47
02/09/2016
dalam Jenayah, Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen hari ini menetapkan, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli untuk membela diri atas tuduhan membocorkan maklumat sulit berhubung laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hakim Zulqarnain Hassan membuat keputusan itu terhadap Rafizi, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Antara alasan yang diberikan adalah bahawa Rafizi terbukti memiliki dan mendedahkan laporan pengauditan di halaman 98 mengenai siasatan ke atas 1MDB yang masih diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

“Berdasarkan kepada posting di laman web Rafizi, laman Facebook beliau serta (laporan) unit forensik komputer Bukit Aman; mahkamah telah meneliti laman web Rafizi dan adalah jelas bahawa beliau menyatakan serta melampirkan halaman laporan audit 1MDB yang masih belum dibentangkan.

“Beliau (Rafizi) turut mendedahkannya pada sidang media bertarikh 24 Mac dan ini telah direkodkan dan rakaman video itu dimainkan di mahkamah,” kata hakim Zulkarnain yang dipetik portal Malaysiakini.

Sehubungan itu, mahkamah tersebut menetapkan tarikh kenyataan pembelaan pada 27 September serta 6 dan 7 Oktober sebagai tarikh perbicaraan.

Peguam Rafizi, Gobind Singh Deo berkata Ahli Parlimen Pandan itu akan memberi keterangan daripada kandang saksi.

Sebelum ini, Ketua Audit Negara, Tan Sri Amrin Buang merupakan antara saksi pendakwaan.

Katanya, laporan audit 1MDB itu diklasifikasikan sebagai rahsia selepas kebocoran terhadap laporan interim 1MDB yang dihantar kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pada Julai tahun lepas.

Pada 5 April, Rafizi ditangkap di bangunan Parlimen, jam 3 petang sebelum didakwa tiga hari kemudian kerana memiliki tanpa kebenaran muka surat 98 daripada laporan audit 1MDB itu.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 8 (1) (c) (iii) akta berkenaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, jika sabit kesalahan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: 1MDBRafizi Ramli
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

31/07/2026
0

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam nada lembut ketika berkempen malam ini mendakwa beliau datang ke Negeri...

Rakyat Malu Skandal 1MDB, Tabung Haji, FELDA – Nga Kor Ming

Rakyat Malu Skandal 1MDB, Tabung Haji, FELDA – Nga Kor Ming

25/07/2026
0

SEREMBAN - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming meminta rakyat Negeri Sembilan tidak melupakan zaman gelap yang didakwa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd