• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Tubuh Jawatankuasa Selaras Cadangan Balas

oleh AK-47
23/09/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Satu jawatankuasa ditubuhkan bagi menyelaraskan cadangan balas Barisan Nasional (BN) kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkaitan usul persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Perdana Menteri, yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata jawatankuasa itu akan diketuai Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan dianggotai kesemua setiausaha agung komponen parti.

“Jadi melalui jawatankuasa itu, kita akan menyatukan semua pandangan dancadangan berkaitan usul tersebut. Mudah-mudahan kita akan dapat keputusan yang dilihat adil oleh semua pihak.

“Jawatankuasa akan bersidang secepat mungkin mengikut rangka masa SPR dan undang-undang ditetapkan,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Menara Dato’ Onn, di sini hari ini.

Dilapor SPR melaksanakan Kajian Semula Persempadanan bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Sabah bermula Khamis lepas.

Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh sebelum ini memaklumkan kajian semula itu dilaksanakan mengikut peruntukan Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan dan pindaan kepada Fasal (2) Perkara 14 Perlembagaan Negeri Sabah yang diwartakan pada 18 Ogos lepas.

Ketika ditanya adakah Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan diadakan selepas pewartaan usul persempadanan tersebut, Najib berkata itu bergantung kepada budi bicara SPR.

Antara yang hadir pada mesyuarat itu ialah Tengku Adnan, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S Subramaniam; Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong; Pengerusi BN Sarawak, Tan Sri Adenan Satem; Presiden PBS, Tan Sri Joseph Kurup dan Pengerusi MyPPP, Tan Sri M.Kayveas.

Sementara itu, Liow berkata penubuhan jawatankuasa itu wajar kerana usul persempadanan semula itu akan memberi kesan kepada semua parti komponen BN.

“MCA telah mencadangkan penubuhan jawatankuasa berkenaan kerana ia adalah parti yang akan terjejas teruk…banyak kerusi yang terlibat adalah di kawasan bandar yang ditandingi oleh kami. Oleh itu, kami perlu mengkaji semula cadangan tersebut,” katanya. – BERNAMA

Tags: BNpolitik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: Zahid Bangga Lihat Semangat Luar Biasa Penyokong BN

PRN Johor: Zahid Bangga Lihat Semangat Luar Biasa Penyokong BN

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi melahirkan rasa bangga terhadap komitmen luar biasa...

BN Nak Kembali Perintah Negara ‘No way’, Tak Boleh Jahanam Ini Negeri – PM Anwar

BN Nak Kembali Perintah Negara ‘No way’, Tak Boleh Jahanam Ini Negeri – PM Anwar

06/07/2026
0

MUAR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa keputusan Barisan Nasional (BN) Johor mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) kerana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd