• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bangunan SK Bario Terbakar, 16 Murid Duduki UPSR Terjejas

oleh Ahmad Albab
04/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Persiapan 16 murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Bario menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) esok terjejas apabila kelas yang bakal digunakan untuk peperiksaan itu terbakar hari ini.

Guru Besar SK Bario Dara Tigan berkata, akibat kebakaran 5.20 petang itu, murid berkenaan terpaksa menduduki peperiksaan di tempat lain.

“Mereka akan menduduki UPSR di Sekolah Menengah Kebangsaan Bario yang terletak bersebelahan dengan SK Bario,”katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Dara berkata blok bangunan yang terbakar itu menempatkan murid prasekolah, murid Tahun Satu hingga Enam dan dapur prasekolah.

“Tiada kemalangan jiwa berlaku. Sesi persekolahan hanya melibatkan murid Tahun Enam yang menduduki UPSR kerana murid-murid lain diberi cuti gantian sempena UPSR,”katanya.

Beliau berkata kejadian dipercayai berpunca daripada litar pintas di siling kelas prasekolah.

Menurutnya kesemua murid yang menduduki USPR dibenarkan balik ke rumah masing-masing malam ini kerana tiada bekalan eletrik di asrama akibat kebakaran itu.

“Perbincangan lanjut akan diadakan esok bagi membincangkan di mana murid prasekolah, Tahun Satu hingga Tahun Enam belajar selepas ini,”katanya.

Sementara itu, Pengerusi Bomba Sukarela Bario Ketua Kaum Frezier Kaya berkata ketika kejadian itu, semua murid sedang makan di dewan.

“Akibatnya, koridor menghubungkan sekolah dan asrama terpaksa dirobohkan bagi mengelak kebakaran merebak ke bahagian asrama,” katanya.

Bangunan SK Bario, yang terletak di kawasan tanah tinggi Bario, mengandungi tujuh bilik darjah, satu bilik komputer dan satu dapur prasekolah.- BERNAMA

Tags: kebakaranUPSR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd