Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

Miss V Dan Tuala...

Tuala wanita dan Miss V menjadi isu hangat gara-gara kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Wanita Yadim.

MBPP Tubuh J/K Khas...

GEORGE TOWN - Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk...

Aligator Gergasi Lebih 300kg...

CORDELE - Sejumlah pengguna media sosial di negeri Georgia, Amerika Syarikat (AS) terkejut...

Malaysia Akan Salur Bantuan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia akan menyalurkan bantuan makanan untuk mangsa bencana gempa...

Balu Kapten Hasman Terima RM274 Ribu, Pencen

PASIR MAS – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah melunaskan bayaran dan imbuhan berjumlah RM274,542.49 kepada balu Allahyarham Kapten Hasman Hussin yang meninggal dunia selepas dihanyutkan banjir di Pulaski County, Missouri, Amerika Syarikat (AS), pada Disember tahun lepas.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata bayaran dan imbuhan itu telah dibayar kepada Siti Hazwani Ahmad sejak awal tahun berdasarkan syarat perkhidmatan arwah suami beliau selama lapan tahun.

“Jumlah yang telah diterima Puan Hazwani ialah RM274,542.49. Ini termasuk pendahuluan gaji, insurans kelompok, ganjaran dan tunggakan pencen serta Faedah Ganti Cuti Rehat (FGCR).

“Selain itu, beliau turut menerima bayaran RM916.75 setiap bulan (pencen terbitan bulanan),” katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Mas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ibrahim 1 di sini hari ini.

Beliau menyatakan demikian sebagai menjawab catatan Siti Hazwani melalui laman Facebooknya yang antara lain mendakwa hanya menerima elaun bulanan tidak sampai RM1,000 sebulan untuk menanggung anak-anaknya walaupun sudah sembilan bulan suaminya meninggal dunia.

Hishamuddin bagaimanapun berkata sekiranya imbuhan dan bayaran yang diterima masih belum mencukupi, beliau sedia mendapatkan bantuan daripada pihak ketiga termasuk pihak industri pertahanan bagi membantu Hazwani dan anak-anaknya.

“Isu kebajikan anggota tentera sangat dekat di hati saya. Semoga segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan baik,” katanya.


Allahyarham Hasman, 33, berada di Amerika Syarikat untuk menjalani kursus bermula 1 Oktober 2015 dan dilaporkan hilang pada 26 Disember 2015 apabila kenderaan yang dinaiki bersama rakan kolejnya dihanyutkan banjir di Missouri.

Mayat pegawai tentera itu dijumpai pada 28 Disember susulan kejadian yang dilaporkan turut meragut nyawa empat rakannya.

Allahyarham meninggalkan isteri dan tiga anak lelaki berusia tiga tahun dan pasangan kembar berusia kira-kira tiga bulan ketika kejadian. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori