• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jenazah Kapten Hasman Hussin Selamat Dikebumikan

oleh Ahmad Albab
06/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH – Jenazah Allahyarham Kapten Hasman Hussin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Solok Air Batu di sini pada kira-kira 7 malam ini.

Kira-kira 300 orang berada di tanah perkuburan termasuk Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, isteri Allahyarham Siti Hazwani Ahmad, 29, anggota keluarga dan penduduk setempat bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham sebelum dikebumikan.

Turut hadir Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron dan Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Raja Affandi Raja Mohamed Noor.

Suasana sayu dan pilu menyelubungi terutama ketika talkin dibacakan Pegawai Staf Agama Markas Tentera Darat Left Kol Azmi Wahab.

Jenazah Hasman, 33, yang meninggal dunia selepas kenderaan dinaikinya hanyut dalam kejadian banjir di Missouri, Amerika Syarikat, tiba di tanah air kira-kira 1.18 tengah hari di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) sebelum dibawa ke sini.

Sementara itu, bapa Allahyarham, Hussin Mat, 60, mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam proses membawa pulang dan pengebumian jenazah Allahyarham terutama pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Syukur kepada Allah semua berjalan lancar dan jenazah anak saya selamat dikebumikan,” katanya kepada pemberita.

Adik Allahyarham Hairi, 29, berkata dia berasa amat lega dan bersyukur jenazah abangnya selamat dibawa pulang dan dikebumikan hari ini.

“Saya sempat tengok wajah Allahyarham … rasa sebak bila terkenangkan dia. Terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]-VTRyf_SEfU[/wpdevart_youtube]

Tags: Kapten Hasman Hussin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Balu Kapten Hasman Terima RM274 Ribu, Pencen

02/09/2016
0

PASIR MAS - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah melunaskan bayaran dan imbuhan berjumlah RM274,542.49 kepada balu Allahyarham Kapten Hasman Hussin...

ATM Jaga Kebajikan Keluarga Allahyarham Kapten Hasman

06/01/2016
0

MELAKA - Kementerian Pertahanan akan memastikan kebajikan keluarga pegawai Angkatan Tentera Malaysia Kapten Hasman Hussin, yang meninggal dunia di Amerika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd