• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bajet 2017: Insya’Allah Banyak Perkhabaran Baik Diumumkan

oleh Ahmad Albab
23/09/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MENJADIKAN ekonomi domestik terus berkembang dan dipacu dengan langkah-langkah rangsangan pasti menjadi agenda utama Bajet 2017.

KDNK Malaysia akan difokus untuk kekal berada pada pertumbuhan 4 ke 5 peratus sekali pun berdepan cabaran kelembapan ekonomi dunia.

Menurut Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim, kemapanan ekonomi domestik pasti menjadi agenda utama Bajet 2017 yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri Kewangan.

“Bagi anak muda, langkah strategik ke arah membendung isu kos sara hidup pasti menjadi fokus utama yang dinantikan,” katanya.

Malah, menurut Ahli MT UMNO ini, isu perumahan mampu milik terutama masalah pinjaman bank pasti dinantikan penyelesaiannya yang bakal dibentangkan.

“Kita yakin PM ada jalan penyelesaian. Tiap frasa ada cabaran. Dulu kita tuntut disediakan rumah. Sekarang rumah sudah rancak dibangunkan,” jelasnya.

Tiap frasa akan ada kekangan, kata Irmohizam: “Langkah menyediakan rumah sudah dilaksana, pasti PM akan umum pula isu penyelesaian pinjaman perumahan yang kini diperkatakan.”

Dua minggu ini, pelbagai pihak memperdebatkan isu had kelulusan pinjaman bank yang berada pada paras popular 70 peratus. Ini menjadikan pembeli terutama anak muda berdepan dengan krisis menyediakan bayaran muka.

“Percayalah. PM sudah usahakan pelbagai pakej pembinaan rumah. Mustahil isu pinjaman bank ini dibiarkan tanpa penyelesaian. Matlamat utama kerajaan ialah membantu bakal pembeli,” katanya.

Mengenai isu kelembapan ekonomi dunia, Irmohizam berkata: “Ini isu global sejak sedekad lalu. Sejak pertumbuhan ekonomi China menyusut ke angka 7 peratus dan kemelesetan ekonomi Amerika Syarikat jatuh ke tahap sekitar 2 peratus, Malaysia kekal mapan pada purata 5 peratus dalam dekad ini.”

Menurutnya, Malaysia konsisten menyusun langkah mapan. Ini mesti difahami oleh masyarakat.

“Kita bertahan dari kitaran ekonomi dunia yang berkembang pada paras purata di bawah 2 peratus. Pada paras konsisten 5 peratus ertinya polisi kita relevan.” – MYNEWSHUB.CC

Tags: Bajet 2017
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Eksport, Import Kasar Dijangka Meningkat 2017

29/10/2017
0

KUALA LUMPUR – Eksport kasar Malaysia dijangka meningkat sebanyak 16.6 peratus kepada RM917.5 bilion pada 2017 berbanding RM787 bilion pada...

LHDN Nafi Terbit `Analisa Bajet 2017′

07/08/2017
0

KUALA LUMPUR - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menafikan agensi kutipan cukai negara itu ada mengeluarkan analisa berhubung pendapatan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd