• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bahagia, 54 Tahun Menetap Di Dalam Gua

oleh Ahmad Albab
14/09/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASANGAN suami isteri ini sudah 54 tahun hidup di dalam gua, namun mereka gembira dengan keadaan berkenaan dan tidak bercadang untuk berpindah meskipun ditawarkan tempat penginapan lain yang lebih selesa.

Liang Zifu, 81, dan isterinya, Li Suying, 77, mula menetap di dalam gua berhampiran Nanchong di China selepas tiga tahun berkahwin disebabkan mereka tidak mampu memiliki rumah.

Pasangan itu membina tiga bilik tidur , dapur dan ruang tamu di dalam gua berkenaan.

Mereka sebelum ini menetap di situ bersama tiga keluarga yang lain namun semuanya sudah berpindah, hanya tinggal Liang dan isterinya sahaja yang masih setia di dalam gua terbabit.

Untuk memudahkan kehidupan mereka, Liang memelihara babi dan turut menanam sayur-sayuran.

Dia juga membina sendiri bekalan elektrik.

Anak-anak mereka juga sudah dewasa dan telah keluar dari gua itu serta menetap di tempat lain bersama keluarga masing-masing.

Kerajaan tempatan cuba memujuk pasangan itu berpindah namun mereka enggan dan menyifatkan gua itu sebagai rumah yang selesa.

Keadaan ini menjadikan mereka terkenal di media sosial dan diperkatakan ramai.

Ada yang memuji pasangan tua ini tidak kurang pula yang bimbang apa akan berlaku jika kedua-dua pasangan suami isteri itu jatuh sakit. -MYNEWSHUB.CC

Tags: ChinaGuapenempatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

20/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Akaun Tiktok ekyn.wong hari ini memuat naik kenyataan permohonan maaf oleh individu bernama Nur Asyiqin Mohd Dalil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd