• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Awas Kuasa Barat Peralat Umat Islam – Hadi

oleh AK-47
23/09/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS menyeru seluruh umat Islam Malaysia mengelak daripada terpedaya dengan dakyah kuasa barat bagi menghuru-harakan negara Islam dengan alasan kebebasan dan hak asasi manusia.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kuasa barat menganggap umat Islam pencabar paling berbahaya kepada kepentingan mereka.

“Negara kuasa besar khususnya Barat, adalah yang paling lantang menyuarakan kebebasan, keamanan, keselamatan, hak asasi manusia, keadilan, ketelusan dan sebagainya.

“Namun mereka pula boleh melakukan apa sahaja demi kepentingan mereka semata-mata, khususnya terhadap umat Islam yang dikira pencabar paling merbahaya.

“Mereka bertindak bukan kerana hujah yang sebenar, tanpa disedari umat Islam, mereka juga menjadi mangsa pihak ketiga yang memperalatkan pertembungan sesama umat Islam, yang kalahnya menjadi abu dan menangnya menjadi arang,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Abdul Hadi berkata, kuasa barat boleh melakukan apa sahaja terhadap umat Islam seperti yang berlaku di Afghanistan, Iraq, Syria, Yaman, Afrika Tengah dan negara-negara yang menunggu giliran menjadi mangsanya.

Kata beliau, banyak dalil menunjukkan kekacauan yang berlaku di rantau Asia Barat adalah pembaharuan ‘road map’ yang dilakar dengan darah yang sengaja ditumpahkan demi melaksanakan perancangan baru.

“Objektifnya ialah bagi menjamin keutuhan pangaruh penjajah dan Zionis yang berterusan. Maka, sebarang perubahan yang berlaku dan yang menunjukkan boleh kembali kepada Islam, yang dikira berkemungkinan kepada perubahan yang bersifat negatif terhadap Israel dan Zionisnya akan ditentang habis-habisan,” katanya. -MYNEWSHUB.CC

Tags: PAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Adakah kali ini pimpinan parti Melayu benar-benar serius atau disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sudah semakin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd