• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM Tahan Kapal Asing Berlabuh Haram Di Tanjung Piai

oleh Ahmad Albab
23/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah kapal kargo kerana bersauh tanpa kebenaran di perairan Tanjung Piai dekat Pontian, semalam.

Timbalan Pengarah (Operasi) Daerah Maritim Johor Bahru, Komander Maritim Iskandar Ishak berkata kapal MV SENSHO itu dikesan bot peronda APMM yang melakukan Operasi Satria Selatan/Operasi Zuhal pada kedudukan kira-kira 4.4 batu nautika tenggara Tanjung Piai.

“Bot Peronda Kilat 18 APMM memeriksa kapal terbabit pada pukul 11.30 pagi dan menahan kapal yang berdaftar di negara Nieu itu di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata ketika pemeriksaan, kapal berkenaan gagal mengemukakan dokumen kebenaran bersauh daripada Pengarah Jabatan Laut Malaysia untuk berlabuh tunggu.

Iskandar berkata kapal yang dipercayai dari Jepun itu, sedang dalam perjalanan ke Batam, Indonesia, turut didapati gagal memaklumkan ketibaannya kepada mana-mana pihak berkuasa perairan Malaysia.

“Pemeriksaan terhadap kapal berkenaan menemui 10 kru rakyat Indonesia berusia antara 25 hingga 62 tahun dan tiga daripada kru itu dibawa ke Pejabat APMM daerah Maritim Johor Bahru untuk siasatan lanjut,” katanya.

Pemilik kapal berkenaan boleh didakwa mengikut Seksyen 491B (1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana berlabuh tanpa kebenaran, Seksyen 449 Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana gagal memaklumkan ketibaan kapal di perairan Malaysia dan Seksyen 3 Akta Dius Api Persekutuan 1953 kerana gagal membayar dius api.

Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara atau kedua-duanya.

“APMM Johor Bahru sentiasa melakukan rondaan di perairan negara bagi memastikan perairan negara selamat daripada ancaman jenayah dan pencemaran,” katanya.

Iskandar berkata orang ramai terutamanya komuniti maritim diminta agar menyalurkan sebarang maklumat dan aduan berhubung salah laku di laut bagi membantu APMM menjaga kesejahteraan dan keselamatan di perairan negara. – BERNAMA

Tags: APMMKapal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Masih Mahal Kerana Harga Beli Sudah Berubah – PM Anwar

Harga Minyak Masih Mahal Kerana Harga Beli Sudah Berubah – PM Anwar

18/04/2026
0

KOTA BHARU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan harga minyak masih tinggi walaupun kapal Malaysia telah melepasi Selat...

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd