Tuesday, September 26, 2023

Creating liberating content

Rasuah: 2 Anggota Polis...

SEREMBAN - Dua anggota polis masing-masing berpangkat Lans Koperal dan Koperal direman lima...

K’jaan Persekutuan Akan Jumpa...

KLUANG - Kerajaan Persekutuan akan mengadakan satu perbincangan dengan kerajaan-kerajaan negeri termasuk pihak...

Penduduk Terkilan Cara Polis...

Sudah agak lama kisah van putih menculik kanak-kanak tersebar dari bibir ke bibir...

KFA Dapat Peruntukan RM30...

ALOR SETAR - Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) memperoleh peruntukan RM30 juta bagi...

APMM Tahan 2 Bot Tangkap Ikan Di Kawasan Larangan

KOTA KINABALU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua bot pukat tunda tempatan kerana menangkap ikan di kawasan larangan di perairan Kudat dekat sini Jumaat lepas.

APMM Kota Kinabalu dalam kenyataan hari ini berkata bot pertama yang dinaiki dua lelaki termasuk tekong bot berkenaan ditahan kira-kira pukul 9.45 malam di perairan Tanjung Pirate, Kudat.

“Bot kedua pula yang dinaiki tiga lelaki ditahan kira-kira 12.30 tengah malam di perairan yang sama,” tambah kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati bot nelayan berkenaan telah melanggar syarat lesen mengikut Akta Perikanan 1985 kerana menunda dalam kawasan di bawah tiga batu nautika dari pantai terdekat. Kedua-dua bot dan kesemua individu berkenaan kemudiannya dibawa ke jeti Pelabuhan Kudat untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

Kategori

Leave a Reply