• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anas Ridzuan & Ana Syuhada Bakal Nikah Oktober Depan

oleh Ahmad Albab
27/09/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pelakon Anas Ridzuan mengesahkan bakal melangsungkan perkahwinan dengan penyanyi Ana Syuhada pada 22 Oktober depan.

Anas, 27, berkata, mereka merancang untuk bernikah terlebih dahulu manakala majlis resepsi akan diadakan pada tahun hadapan.

“Insya-Allah saya dan Ana akan bernikah pada 22 Oktober depan dan majlis akan diadakan secara sederhana dan kami mahu melakukan yang wajib terlebih dahulu.

“Kenduri di sebelah pihak perempuan Insya-Allah akan diadakan pada Januari tahun depan dan pada bulan April pula di sebelah saya di Ipoh,” katanya kepada mStar Online.

Anas ditemui pada sesi memperkenalkan program travelog terbaharu terbitan TV3 iaitu Jalan-Jalan Makan Angin (JJMA) di Sri Pentas, Bandar Utama di sini, Isnin.

Menerusi program berkenaan Anas bakal bertindak sebagai pengacara bersama pelakon Nadzmi Adhwa.

Ia bakal menemui penonton bermula 2 Oktober ini, setiap hari Ahad pada pukul 11.30 pagi.

Dalam pada itu, Anas berkata, dia dan Ana mengambil keputusan untuk berumah tangga kerana merasakan sudah sampai masanya mereka berbuat demikian.

Malah kata Anas, dia juga tidak mahu bercinta terlalu lama sehingga menimbulkan fitnah di kalangan masyarakat.

“Kami kenal sudah enam tahun dan bercinta dalam empat tahun jadi sudah tiba masanya kami berkahwin.

“Jika ada persembahan atau menghadiri acara hiburan Ana sering ikut saya jadi baik kami berkahwin daripada timbul fitnah,” jelasnya.

Anas Ridzuan Mentor

Untuk rekod, Anas dan Ana sama-sama pernah menyertai pertandingan Mentor musim keenam pada 2012.

Bercakap lanjut mengenai JJMA, Anas berkata, ia adalah pengalaman pertamanya mengacarakan program berbentuk travelog dan mengakui ia satu pengalaman baharu dalam karier seninya.

Malah kata Anas, dia bersetuju apabila ditawarkan menjadi hos rancangan itu kerana pengisiannya yang berbeza berbanding program travelog sedia ada.

“Saya tertarik apabila pihak produksi bentangkan idea program itu yang menjelajah ke seluruh Malaysia dalam misi mencari tempat penginapan unik di destinasi yang menarik tetapi kurang popular dikalangan pelancong.

“Malah menerusi JJMA turut menyelitkan elemen drama, muzikal agar ia tidak membosankan atau terlalu formal untuk penonton,” katanya.

Tambahnya, selain melawat tempat-tempat menarik dalam negara, pengalaman mengendalikan program itu juga memberinya peluang mengatasi ketakutan terhadap ketinggian.

“Saya seorang yang gayat dan tidak suka tempat tinggi tetapi dalam JJMA penonton akan melihat saya menaiki helikopter, menaiki kereta kabel dan melakukan bungge jumping.

“Ia pengalaman baharu untuk saya dan teruja dapat berkongsinya dengan penonton,” katanya. – mStar Online

Tags: Anas Ridzuanpenyanyi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd