SUNGGUH beruntung anjing ini. Dia bukan sahaja disayangi oleh tuannya malah anjing ini, Coco turut menerima hadiah yang hebat meskipun ia sendiri tidak tahu menggunakan hadiah yang diterimanya itu.
Baru-baru ini, Coco mendapat lapan buah iPhone 7 daripada tuannya, Wang Sicong.
Sicong merupakan satu-satunya anak kepada lelaki terkaya di China, Wang Jianlin dan dia mendapat pendidikan di kolej Winchester.
Walaupun baru berusia 28 tahun namun Sicong sudah mempunyai harta yang dianggarkan bernilai £430 juta.
Sebagai seorang jejaka idaman, Sicong menjadi pujaan ramai dan sering bergambar dengan model-model cantik. Dia mendapat pendidikan di luar negara termasuk di Singapura dan di London.
Sekembalinya di China pada 2009, Sicong diberikan jawatan dalam syarikat konglemerat bapanya, Dalian Wanda.
Berbalik kepada cerita Coco, anjing ini ada akaun media sosial sendiri dalam Weibo dan mempunyai kira-kira 1.9 juta pengikut.
Gambar Coco bersama lapan telefon berkenaan telah dimuatnaik dalam akaun Weibo miliknya dan gambar itu telah menjadi viral.
Ramai yang menyatakan anjing itu comel dan tidak kurang pula yang berharap agar Sicong akan memberikan mereka telefon percuma.
Wang dikenali penduduk tempatan sebagai ‘orang kaya generasi kedua’ iaitu anak atau waris keluarga kaya-raya atau ‘tycoon’ yang suka menunjuk-nunjuk. – MYNEWSHUB.CC