• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Air Pasang: 52 Keluarga Di 3 Pusat Pemindahan

oleh Ahmad Albab
20/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Sebanyak 52 keluarga terdiri daripada 224 orang dipindahkan ke tiga pusat pemindahan di sekitar Selangor sejak malam tadi berikutan fenomena air pasang besar.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata mangsa yang terlibat adalah penduduk dari Kampung Sungai Air Tawar, Sabak Bernam (57 orang), Kampung Tok Muda, Kapar, Klang (152 orang) dan Kampung Tok Adam, Tanjong Karang (15 orang).

Beliau berkata tiga pusat pemindahan itu dibuka di Dewan Kampung Tok Muda; Balai Raya Lorong Hamzah 2, Kampung Tok Adam dan Dewan Orang Ramai Sungai Air Tawar.

“Beberapa kawasan lain iaitu di sekitar daerah Klang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam turut terjejas tetapi tiada sebarang pemindahan dibuat,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Kawasan terbabit ialah Kampung Sungai Pinang, Pulau Indah, Jalan Klang, Banting, Pandamaran, Taman Selat Damai dan Pelabuhan Klang kesemuanya di daerah Klang; Pekan Bagan Pasir Penambang di daerah Kuala Selangor serta Tebuk Mendeleng dan Sungai Lang di daerah Sabak Bernam.

Mohd Sani berkata dua lagi daerah iaitu Sepang dan Kuala Langat tidak mengalami limpahan air laut tersebut.

Beliau meminta penduduk terutama yang tinggal berdekatan kawasan sungai atau laut supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah keselamatan berikutan jangkaan air laut pasang tinggi berlaku dalam tempoh beberapa hari ini. – BERNAMA

Tags: mangsa banjirselangor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Jangan Jadikan Masalah Kami di Selangor Masalah Kamu Juga”

“Jangan Jadikan Masalah Kami di Selangor Masalah Kamu Juga”

09/07/2026
0

SHAH ALAM - Rakyat Johor dinasihati supaya menolak hasrat pemimpin Pakatan Harapan (PH) untuk menjadikan negeri itu seperti Selangor. Ketua...

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

02/07/2026
0

BATU PAHAT – Dakwaan calon Pakatan Harapan (PH) DUN Senggarang, Onn Abu Bakar konon Pakatan Harapan (PH) mampu membawa pembangunan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd