• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli Perniagaan Rugi RM67,000 Ditipu Sindiket ‘Parcel Scam’

oleh Ahmad Albab
08/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Seorang ahli perniagaan di sini mendakwa ditipu sindiket ‘Parcel Scam’ yang didalangi rakyat asing menyebabkan dia kerugian RM67,000.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, ACP M.Chandra berkata lelaki berusia 50-an itu mendakwa berkenalan dengan seorang kawan menerusi laman sosial Facebook yang mengarahkan dia untuk memasukkan wang ke dalam akaun bank tempatan bagi membolehkan dia menuntut barangan pemberian individu terbabit.

Katanya lelaki berkenaan mengenali suspek terbabit beberapa bulan sebelum ini dan memasukkan wang berkenaan secara berperingkat pada 25 Ogos lepas, selepas mendapat panggilan daripada anggota sindiket terbabit bagi mendapatkan barangan yang dihantar kepadanya.

“Seseorang yang mendakwa dari sebuah jabatan kerajaan memberitahu mangsa yang dia perlu membayar sejumlah wang jika hendak mendapatkan bungkusan hadiah mengandungi wang tunai dan beberapa lagi barangan berharga.

Mangsa yang mahukan hadiah itu kemudiannya memasukkan RM67,000 menerusi dua transaksi ke dalam akuan milik orang tempatan sebelum menyedari dia ditipu dan membuat laporan polis pada 2 September lepas,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sementara itu, Chandra berkata pihaknya telah menerima sebanyak 86 kes penipuan ‘Parcel Scam’ dan ‘Love Scam’ membababitkan kerugian sebanyak RM3.1 juta sejak 2012.

Beliau berkata daripada jumlah itu sebanyak 65 kes membabitkan ‘Parcel scam’ atau penipuan menghantar bungkusan yang didakwa mengandungi pelbagai barangan berharga termasuk wang tunai, manakala 21 kes lagi membabitkan ‘love scam’.

“Daripada 86 kes itu, sebanyak 80 kes membabitkan golongan wanita dan selebihnya adalah lelaki,” katanya. – BERNAMA

Tags: Perniagaanscam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pempengaruh Bro Wong Luah Kebimbangan

Pempengaruh Bro Wong Luah Kebimbangan

06/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pempengaruh automotif Bro Wong meluahkan kebimbangan terhadap peningkatan kos operasi perniagaan yang disifatkan semakin menekan khususnya dalam...

“Jual Jam, Porsche, Rumah…” Zamsaham Akui Jatuh Dalam Dunia Perniagaan

“Jual Jam, Porsche, Rumah…” Zamsaham Akui Jatuh Dalam Dunia Perniagaan

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham meluahkan perasaan mengenai kejatuhan perniagaannya yang turut memberi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd