HANYAÂ kerana tidak membawa anak abangnya ke kedai, seorang wanita dibelasah hingga cedera di Felda Palong Empat, Jempol, Negeri Sembilan.
Harian Metro melaporkan, wanita berusia 32 tahun itu dibelasah kerana dipercayai tidak membawa anak abangnya ke kedai dan hanya membawa anak saudara lain.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, suspek memukul kepala, tangan dan mencekik leher sebelum menghantuk kepala mangsa ke tingkap kaca hingga cedera.
Menurutnya, suspek turut mengugut mahu membunuh mangsa dan ibunya.
“Suspek berusia 33 tahun yang dipercayai penagih dadah ditahan di rumah ibunya pada petang semalam,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan dan membuat ugutan jenayah. – MYNEWSHUB.CC