• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bajet 2017: PM Mahu Agensi Teliti Cadangan Rakyat

oleh Ahmad Albab
15/09/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak mahu semua kementerian dan agensi-agensi di bawahnya meneliti cadangan yang diutarakan rakyat dalam laman #Bajet2017.

Perdana menteri berkata tindakan itu perlu kerana banyak cadangan yang diberikan rakyat dalam laman khas tersebut berkait dengan urusan kementerian.

“Ini pandangan dan pendapat rakyat, perlu semua ambil maklum,” katanya dalam catatan terbaharu di laman Facebooknya hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan pada masa sama berkata setakat ini, laman khas itu telah berjaya menerima ribuan cadangan baik daripada rakyat.

“Terima kasih, cadangan baharu amat dialu-alukan sebelum tarikh tutupnya pada 19 September,” katanya.

Idea yang telah disumbangkan setakat ini merangkumi topik seperti kos sara hidup, perkhidmatan penjagaan kesihatan, perumahan dan kehidupan bandar, pengangkutan dan infrastruktur, pembangunan ekonomi dan pendidikan.

Seorang penyumbang idea, Khairul Annuar mencadangkan agar kerajaan menaik taraf perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dengan menambah laluan baharu serta kekerapan perkhidmatan tren KTM Komuter.

“Ini kerana apabila tren antara bandar dapat dipercepatkan dan ditambah kekerapan maka lebih ramai akan beralih hidup di luar bandar atau di kawasan kampung (bandar kecil) walaupun mereka bekerja di Lembah Klang,” katanya yang memuat naik cadangan itu dalam laman khas #Bajet2017 hari ini.

Orang ramai masih boleh memberikan sebarang cadangan bernas mengenai Bajet 2017 dalam laman khas bajet2017.najibrazak.com yang diperkenalkan sejak 5 September lalu, sebelum 19 September ini.

Bajet 2017 akan dibentangkan di Parlimen pada 21 Oktober ini. – BERNAMA

Tags: Bajet 2017Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd