• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

9 Ditahan Edar Dadah Bernilai RM3 Juta Di Selangor

oleh Ahmad Albab
07/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiga wanita antara sembilan ditahan disyaki terlibat sindiket pengedaran dadah yang dianggarkan bernilai RM3 juta dalam lima serbuan berasingan di sekitar Selangor sejak Jumaat lepas sehingga semalam.

Lima serbuan itu adalah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang; Kota Damansara, Seri Kembangan dan Puchong.

Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, SAC Kang Chez Chiang berkata kesemua mereka yang ditahan berumur lingkungan 26 sehingga 37 tahun.

Beliau berkata pihaknya melakukan dua serbuan di KLIA, Sepang dan Kota Damansara pada Jumaat lepas dan menahan tiga wanita tempatan dan seorang lelaki warga Nigeria.

“Keempat-empat mereka ditahan kerana menyeludup masuk dadah disyaki kokain menggunakan keldai dadah serta perkhidmatan syarikat kurier di KLIA,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman hari ini.

Kang berkata turut dirampas adalah 226 ketulan kokain seberat 4.3 kilogram anggaran bernilai RM1 juta di dalam botol plastik berbentuk silinder yang disorokkan dalam dua buah beg galas di KLIA.

“Selain itu, kami turut menyita sebuah kereta jenis Peugeot 308 serta wang tunai USD100 dan RM2,750,” katanya.

Beliau berkata lanjutan daripada kes pertama, pada Isnin lepas polis melakukan tiga serbuan di sekitar Seri Kembangan dan Puchong serta menahan empat lelaki warga Nigeria.

“Hasil operasi yang dijalankan polis merampas dadah disyaki syabu seberat 22.5 kilogram anggaran nilai sebanyak RM1.6 juta dan nilai sitaan harta dan wang tunai RM328,000,” katanya.

Sementara itu, semalam polis menahan seorang lelaki tempatan di Terminal Bas KLIA dan merampas dua bungkus dadah disyaki kokain.

“Kokain seberat 1.5 kilogram berkenaan disorokkan dalam dua beg galas yang dianggar bernilai RM375,000,” katanya.

Beliau berkata kesemua nilai keseluruhan rampasan dadah dianggar bernilai RM3 juta manakala tangkapan dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

Tags: kes dadahselangor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Jangan Jadikan Masalah Kami di Selangor Masalah Kamu Juga”

“Jangan Jadikan Masalah Kami di Selangor Masalah Kamu Juga”

09/07/2026
0

SHAH ALAM - Rakyat Johor dinasihati supaya menolak hasrat pemimpin Pakatan Harapan (PH) untuk menjadikan negeri itu seperti Selangor. Ketua...

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

02/07/2026
0

BATU PAHAT – Dakwaan calon Pakatan Harapan (PH) DUN Senggarang, Onn Abu Bakar konon Pakatan Harapan (PH) mampu membawa pembangunan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd