• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Sekolah Dapat Pengiktirafan IB World School

oleh Ahmad Albab
19/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Lima sekolah di negara ini mendapat pengiktirafan sebagai ‘International Baccalaureate World School (IB World School) – Middle Years Programme’ daripada International Baccalaureate, sebuah badan pengiktirafan pendidikan antarabangsa terkemuka di dunia.

Sekolah berkenaan merangkumi empat sekolah harian iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Tapang, Samarahan di Sarawak yang mendapat pengiktirafan pada 23 Mac lepas, SMK Sultanah Bahiyah, Alor Setar di Kedah (21 Jun), SMK Putrajaya Precint 9 (2) di Putrajaya (28 Jun), dan SMK Pantai, Labuan di Sabah (21 Julai) serta sebuah sekolah berasrama penuh, Kolej Melayu Kuala Kangsar di Perak (22 April).

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata sekolah berkenaan adalah antara 28 sekolah kerajaan di lima negara Asia Pasifik yang diiktiraf sebagai IB World School daripada badan yang berpangkalan di Geneva, Switzerland itu, selain Australia dengan 16 sekolah, China (5) dan masing-masing satu di Jepun dan Hong Kong.

“Melalui program antarabangsa ini, pelajar dilatih menjadi lebih aktif, berperikemanusian, mempunyai kecenderungan untuk belajar sepanjang hayat.

“Ia juga memberi penekanan kepada penglibatan dalam aktiviti sosial dan projek berkumpulan sekaligus mampu bersaing dalam dunia yang mencabar,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sijil pengiktirafan IB World School di SMK Sultanah Bahiyah di sini, hari ini.

Turut hadir Exco Pendidikan, Pengangkutan, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) Kedah Datuk Tajul Urus Mat Zain dan Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof.

Mahdzir berkata program itu mampu menghasilkan pelajar yang mempunyai 10 ciri utama termasuk bersifat ingin tahu, berpengetahuan, pemikir, mahir berkomunikasi dan mengambil risiko.

Melalui pelaksanaan program itu, katanya pelajar di sekolah kerajaan mampu mendapat pendidikan berkualiti yang pada suatu ketika dahulu hanya diterima sekolah-sekolah elit swasta.

Mengulas lanjut, beliau berkata Kementerian Pendidikan menjangka tiga lagi sekolah akan mendapat pengiktirafan daripada badan itu menjelang akhir tahun ini.

Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Agensi Inovasi Malaysia (AIM) pada 2012 merintis IB World School – Middle Years Programme untuk dilaksanakan di 10 sekolah menengah seluruh negara.

“Misi untuk mendapat pengiktirafan ini memerlukan komitmen dan pengorbanan seluruh warga sekolah dalam melaksanakan segala keperluan bagi memenuhi syarat dan keperluan sebelum mendapat pengesahan serta kelulusan pihak konsultan dan pasukan pemeriksa International Baccalaureate,” katanya.

Lima lagi sekolah yang dipilih mengikuti program antarabangsa berkenaan ialah Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan, Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kota Bharu, Kelantan, SMK Seri Tualang, Temerloh, Pahang, SMK Dato’ Sheikh Ahmad, Arau, Perlis dan SMK Agama Sheikh Abd Malek, Kuala Terengganu, Terengganu. – BERNAMA

Tags: Mahdzir KhalidSekolah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

11/05/2026
0

SHAH ALAM - Satu surat didakwa dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak membenarkan sekolah di bawah pentadbiran institusi...

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

28/04/2026
0

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun meneruskan tugas rasmi beliau walaupun berdepan dakwaan kehilangan sokongan majoriti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd