• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Bekas Pegawai Bebas Tuduhan Pernyataan Palsu

oleh Ahmad Albab
23/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiga bekas pegawai sebuah syarikat pelaburan, seorang daripadanya bergelar ‘Datuk’, menarik nafas lega hari ini selepas dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan mengemukakan pernyataan palsu kepada Bursa Malaysia Securities Berhad.

Mohd Azham Mohd Noor, 51, bekas pengarah eksekutif Syarikat Kosmo Technology Industrial Berhad; Lim Hai Loon, 46, bekas pengurus akaun syarikat itu; dan Datuk Norhamzah Nordin, 51, bekas pengarah urusan syarikat itu, turut bersalaman antara satu sama lain di dalam kandang tertuduh, selepas mendengar keputusan itu.

Hakim Mahkamah Sesyen Norsharidah Awang membebaskan ketiga-tiga tertuduh tanpa memanggil mereka membela diri terhadap pertuduhan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

“Selepas meneliti keterangan dan hujahan pihak pendakwaan, serta penilaian yang maksimum, mahkamah memutuskan tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan.

“Mahkamah percaya, tiada bukti ketiga-tiga tertuduh mempunyai peranan aktif dalam kes ini,” katanya sambil memerintahkan supaya wang jaminan RM150,000 Mohd Azham dan Lim serta wang jaminan RM200,000 Norhamzah dikembalikan kepada penjamin masing-masing.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan 32 saksi pendakwaan pada perbicaraan kes itu.

Pada 2011, Mohd Azham dan Norhamzah mengaku tidak bersalah atas lapan pertuduhan mengemukakan pernyataan palsu dalam penyata pendapatan bagi tahun 2006 dan 2007 syarikat itu kepada Bursa Malaysia Securities Berhad di Exchange Square, Bukit Kewangan di sini antara 2006 dan 2008.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 122B (a)(bb) dibaca bersama Seksyen 122(1) Akta Perindustrian Sekuriti 1983 (Akta 280) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 122B akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM3 juta atau penjara sehingga 10 tahun, jika sabit kesalahan.

Lim juga mengaku tidak bersalah terhadap lapan pertuduhan bersubahat dalam mengemukakan pernyataan palsu dalam penyata pendapatan bagi tahun 2006 dan 2007 syarikat itu kepada Bursa Malaysia Securities Berhad antara 2006 dan 2008.

Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 122B (a)(bb) dibaca bersama Seksyen 122C(c) Akta Perindustrian Sekuriti 1983 (Akta 280) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 122B akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM3 juta atau penjara maksimum 10 tahun.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hashley Tajudin manakala peguam Datuk D.P. Vijandran dan T. Kumar mewakili Mohd Azham, Lim dan Norhamzah. – BERNAMA

Tags: kes tipuSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

17/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Semua akaun bank milik Cropmate Berhad dan anak-anak syarikatnya yang sebelum ini dibekukan berhubung siasatan...

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd