• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

28 Bayi ‘Malaysia’ Lahir Di Hospital Kuala Lumpur

oleh AK-47
17/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kemeriahan sambutan Hari Malaysia hari ini turut dirasai beberapa pasangan ibu bapa dengan kehadiran ‘orang baharu’ menyerikan lagi keluarga dan kehidupan mereka.

Di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, seramai 28 bayi masing-masing 14 lelaki dan 14 perempuan selamat dilahirkan antara awal pagi tadi hingga 2.00 petang ini dengan bayi pertama lahir pada 1.30 pagi.

Pegawai Penerangan HKL, P. Chandran berkata terdapat bayi lelaki kembar tiga dilahirkan dengan perbezaan masa lahir seminit setiap seorang iaitu antara 10.01 pagi hingga 10.03 pagi.

“Ibu kepada bayi-bayi berkenaan sedang berehat dan tidak bersedia untuk ditemuramah memandangkan beliau masih lemah selepas menjalani pembedahan Caesarian.

“Ibu dan kesemua bayi berada dalam keadaan sihat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Wad Bersalin HKL.

Jururawat HKL, Nor Fatin Kamarudin, 26, yang selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.8 kilogram pada 4.17 pagi tadi, menganggap bayi kedua itu cukup istimewa kerana lahir pada tarikh bersejarah negara.

Ibu itu menamakan bayinya bersempena nama Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan.

“Ibrahim Erdogen adalah anak kedua saya. Yang sulung lelaki juga. Bayi ini istimewa kerana lahir pada bulan sama dengan abang dan bapanya iaitu September.

“Saya gembira dan bersyukur kerana melahirkan secara normal. Pada mulanya saya dijangka bersalin 21 September ini. Apapun, saya dan suami berharap bayi ini menjadi insan berguna apabila dewasa nanti,” kata Nor Fatin.

Seorang ibu lagi, Nor Anis Haslinda Md Yunos, turut berkongsi pengalaman manis menyambut kelahiran bayi keempat hari ini, yang merupakan hadiah istimewa kepada bapanya yang berkongsi tarikh lahir. Bapa tersebut berusia 68 tahun.

“Saya dijangka bersalin pada 2 Oktober ini, Alhamdulillah walaupun lahir awal namun bayi perempuan seberat 2.95 kg ini selamat lahir normal pada 5.30 pagi tadi.

“Semoga anak ini membesar dengan sihat dan menjadi anak solehah,” kata suri rumah berusia 30 tahun itu, dari Meru, Klang.

Di SELANGOR, seramai 14 bayi ‘Malaysia’ dilahirkan – tujuh lelaki dan tujuh perempuan – setakat 12 tengah hari tadi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

Ketua Jururawat di Wad Bersalin HTAR, Norhanida Sharifudin berkata bayi pertama, perempuan, seberat 2.5 kg lahir kira-kira pukul 12.21 pagi.

Di PULAU PINANG, 11 bayi dilahirkan di Hospital Pulau Pinang terdiri daripada empat lelaki dan tujuh perempuan, termasuk bayi lelaki kepada Ratu Ular Malaysia, Puteri Nur Ariyani Saiful Yazan, 30, seberat 2.5 kg, selamat dilahirkan pada 7.30 pagi.

Di PERLIS, lapan bayi – empat lelaki dan empat perempuan – dilahirkan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF).

Jurucakap HTF berkata bayi pertama dilahirkan pada 12.39 pagi, manakala bayi kelapan dilahirkan pada pukul 8.50 pagi ini – kesemuanya Melayu.

Katanya, seorang daripada bayi itu lahir melalui pembedahan Caesarian. Di ALOR SETAR, 12 bayi dilahirkan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) sehingga pukul 2 petang tadi.

Menurut Pengarah HSB, Dr. Zaiton Udin tujuh daripadanya ialah bayi lelaki manakala lima bayi perempuan. Bayi pertama dilahirkan lelaki seberat 3.54 kg pada 12.30 pagi.

Di PERAK, seramai empat bayi dilahirkan di Hospital Pantai Ipoh dengan kelahiran bayi pertama kira-kira 12.06 tengah malam tadi dan bayi keempat pada pukul 8.27 pagi ini.

Jurucakap hospital itu, Betty Caleb berkata tiga adalah bayi lelaki dan seorang perempuan.

Di PAHANG, seramai 26 bayi dilahirkan setakat 10 pagi tadi – 13 lelaki, dan 13 perempuan.

Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Dr. Zainal Ariffin Omar berkata bayi lelaki pertama seberat 3.05 kg dilahirkan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) tepat 12 tengah malam tadi.

“HTAA mencatatkan kelahiran tertinggi iaitu 11 bayi diikuti HOSHAS (Hospital Sultan Haji Ahmad Shah) di Temerloh dengan lima bayi.

Hospital Pekan dan Hospital Muadzam, Rompin masing-masing tiga bayi, Hospital Kuala Lipis (dua bayi) dan Hospital Bentong dan Hospital Raub (masing-masing seorang bayi),” katanya.

Di SEREMBAN, 18 bayi dilahirkan setakat 2 petang ini di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban (HTJS) – sepuluh lelaki, lapan perempuan. – BERNAMA

Tags: bayiHari Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

26/01/2026
0

GEORGETOWN: Bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan meninggal di rumahnya, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini,...

Bayi Setahun Maut Selepas Tak Sedar Di Rumah Pengasuh, Ada Cedera Pada Abdomen – Polis

Bayi Setahun Maut Selepas Tak Sedar Di Rumah Pengasuh, Ada Cedera Pada Abdomen – Polis

11/12/2025
0

SEREMBAN: Bayi perempuan berusia setahun meninggal dunia selepas dikatakan diambil ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri dari rumah pengasuh dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd