• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1MDB: PDRM Mohon Ambil Keterangan Saksi Di AS

oleh
02/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menghantar permohonan bantuan bersama dalam perkara jenayah kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat bagi mengambil keterangan saksi di negara itu berhubung siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata permohonan itu dibuat bagi memulakan fasa kedua siasatan 1MDB.

“Kami telah hantar kepada pihak berkuasa sana (Amerika Syarikat) untuk mengambil keterangan saksi di luar negara dan ia memakan tempoh masa yang lama,” katanya pada sidang media selepas majlis penghargaan petugas-petugas ASEANAPOL Ke-36 di Bukit Aman di sini, hari ini.

Mengenai siasatan fasa pertama 1MDB, beliau berkata Jabatan Peguam Negara telah mengembalikan kertas siasatan 1MDB kepada PDRM kerana ada beberapa perkara perlu dikaji semula.

“Jabatan Peguam Negara mengarahkan beberapa perkara untuk dilaksanakan, jadi kami akan ambil tindakan yang diarah dahulu sebelum melapor semula kertas siasatan kepada mereka,” katanya.

Ditanya jika PDRM akan menyiasat laporan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) berkaitan penyelewengan dana 1MDB, Khalid berkata PDRM tidak campur tangan dalam perkara itu.

“Apa jua tindakan di Amerika Syarikat adalah tindakan sivil. Kami tidak akan campur tindakan itu dan jangan cuba kaitkan kami dengan politik.

“Tugas PDRM adalah menjaga keselamatan dan ketenteraman negara dan saya beri amaran jangan heret kami untuk buat kenyataan politil,” katanya.

Baru-baru ini, DoJ Amerika Syarikat memfailkan saman sivil bagi mendapatkan kembali aset yang diperoleh melalui dana 1MDB yang didakwa diselewengkan. – BERNAMA

Tags: 1MalaysiaDOJPDRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DOJ Dedah Jutaan Dokumen, Imej Dan Video Fail Epstein

DOJ Dedah Jutaan Dokumen, Imej Dan Video Fail Epstein

31/01/2026
0

WASHINGTON: Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) mendedahkan jutaan halaman baharu daripada fail dokumen pesalah seks, mendiang Jeffrey Epstein, bersama...

PDRM Terima 45 Laporan Pemalsuan Dokumen 7 Pemain Warisan

PDRM Terima 45 Laporan Pemalsuan Dokumen 7 Pemain Warisan

07/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 45 laporan berhubung isu pemalsuan dokumen membabitkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya. Laporan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd