Saturday, February 24, 2024

Creating liberating content

Kenyataan Umum Saksi Kes...

KUALA LUMPUR - Sebarang kenyataan umum berhubung kes pembunuhan Kim Chol daripada mereka...

Indonesia Bakal Keluar Fatwa...

JAKARTA - Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengumumkan pihaknya bakal mengeluarkan fatwa mengisytiharkan penyebaran...

Helikopter Tempur Diserah Kepada...

PUTRAJAYA - Kementerian Pertahanan akan menerima enam helikopter tempur ringan jenis MD-530G, pada...

SPR Akan Minta Polis...

GEORGETOWN - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan meminta bantuan polis untuk memberhentikan ceramah...

Zika: Imigresen Johor Beri Kerjasama Tingkat Pemantauan

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Johor sedia memberi kerjasama kepada Kementerian Kesihatan (KKM) dalam meningkatkan pemantauan di dua pintu masuk utama di selatan negara berikutan kes jangkitan Zika pertama membabitkan rakyat Malaysia di Singapura.

Pengarahnya Datuk Rohaizi Bahari berkata pihaknya juga bersedia mengadakan perjumpaan dengan KKM bagi tujuan penyelarasan pemantauan.

“Setakat ini belum ada perbincangan dilakukan antara kedua-dua pihak namun kita akan beri kerjasama mengikut arahan dan garis panduan yang telah ditetapkan. Mengikut pengalaman lalu, satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi operasi itu dan penerangan akan diberikan.

“Seperti kes wabak penyakit SARS (Sindrom Pernafasan Akut Teruk) sebelum ini, pegawai kesihatan dari KKM akan ditempatkan di laluan pintu masuk untuk pemeriksaan saringan kesihatan ke atas pelawat,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata pengawasan akan lebih mencabar dan perlu dibuat dengan lebih terperinci memandangkan terdapat pelbagai mod pengangkutan pada masa kini termasuk bas dan kereta api.


Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah semalam mengumumkan KKM akan meningkatkan saringan kesihatan di pintu masuk antarabangsa di Johor berikutan seorang wanita warga Malaysia berumur 47 tahun yang tinggal di Singapura merupakan antara 41 kes di negara itu yang dikesan positif virus Zika.

Pemantauan itu termasuk menyediakan kumpulan paramedik bagi menguruskan pelawat yang menunjukkan tanda-tanda jangkitan Zika selain mengedarkan risalah mengenai virus itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori