• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Emas Dari Besut Mangsa Ke-14 Denggi Di Terengganu

oleh Ahmad Albab
26/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Satu lagi kes kematian akibat demam denggi dicatatkan di Terengganu, menjadikan jumlah keseluruhan 14 mangsa setakat ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu Dr Mohammad Omar berkata mangsa ialah seorang warga emas berusia 70 tahun berasal dari Kampung Nail, Besut, meninggal dunia Sabtu lepas.

“Mangsa dikatakan demam tiga hari dan dimasukkan ke Hospital Besut sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini untuk rawatan lanjut. 

“Bagaimanapun dia meninggal dunia akibat kegagalan fungsi organ dalaman yang teruk dan mangsa bukanlah datang dari kawasan wabak,” katanya kepada pemberita di majlis gotong-royong perangi Aedes di Kampung Tok Kaya di sini hari ini.

Selain kampung tersebut, gotong-royong turut diadakan secara serentak di kesemua enam lokaliti wabak denggi iaitu Kampung Masjid Haji Kadir, Jalan Batas Baru, Padang Negara di Kuala Ibai, Taman Teratai yang semuanya terletak di Kuala Terengganu dan Kampung Durian Pahit di Marang.

Sebanyak 1,675 kes demam denggi dilaporkan di Terengganu setakat Rabu lalu iaitu peningkatan sebanyak 133.3 peratus berbanding 718 kes pada tempoh yang sama tahun lalu.

Dr Mohammad berkata pihaknya telah melakukan pemeriksaan di 162,846 premis sepanjang tahun ini dan daripada jumlah itu, sebanyak 2,110 premis didapati positif pembiakan nyamuk Aedes.

“Kesemua pemilik premis dikenakan kompaun di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Pindaan 2000).

“Di samping itu, 11,602 notis atau amaran pembersihan di bawah Seksyen 8 juga telah dikeluarkan terhadap premis yang didapati banyak bekas pembiakan,” katanya.  – BERNAMA 

Tags: demam denggiwarga emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

19/01/2026
0

Putrajaya: Seorang penoreh getah terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati atas kesalahan membunuh dua lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd