• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wajib Tampal Setem Cukai Rokok Mulai 1 Oktober

oleh AK-47
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bermula 1 Oktober 2016, semua pengilang rokok tempatan wajib menampal setem cukai rokok pada kotak rokok keluaran tempatan.

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam satu kenyataan media berkata, tempoh peralihan penggunaan setem cukai rokok secara berperingkat bermula 1 Ogos 2016 hingga 30 September 2016.

“Kotak-kotak rokok yang telah ditanda dengan cetakan dakwat keselamatan hanya dibenarkan berada di pasaran sehingga 31 Mac 2017.

“Selepas pada tarikh itu, pihak pengilang hendaklah menarik balik semua kotak-kotak rokok yang belum dijual daripada pasaran,” kata kenyataan itu hari ini.

Tegas JKDM, pengilang yang gagal berbuat demikian boleh dikena tindakan di bawah Seksyen 74, Akta Eksais 1976 rokok-rokok tersebut akan dirampas.

Tambah kenyataan itu, pihak pengilang boleh juga didakwa di bawah Seksyen 89 Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014.

Jelas JKDM, antara tujuan penggunaan setem cukai rokok untuk rokok keluaran tempatan bagi mematuhi standard antarabangsa dengan menggunakan setem cukai bagi tujuan kutipan duti eksais rokok.

“Ia juga bertujuan mematuhi garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di mana setem cukai rokok dilengkapi dengan keupayaan ‘Track and Trace’ agar rantaian bekalan tembakau boleh diawasi secara berkesan serta bertujuan memelihara dan melindungi hasil negara,” kata kenyataan itu. – MYNEWSHUB.CC

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong Terima Watikah 18 Perwakilan Asing Ke Malaysia

Yang di-Pertuan Agong Terima Watikah 18 Perwakilan Asing Ke Malaysia

19/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Penyerahan Watikah Pelantikan 18 ketua perwakilan asing ke...

DPMM Gesa TikTok Shop Tangguh Kenaikan Komisen, Bimbang Bebankan Peniaga

DPMM Gesa TikTok Shop Tangguh Kenaikan Komisen, Bimbang Bebankan Peniaga

19/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menggesa TikTok Shop menangguhkan kenaikan kadar komisen bagi beberapa kategori produk yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd