• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tun M Tidak Patut Keluar Kenyataan Pecah Belah Rakyat

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamad, sebagai bekas perdana menteri dan presiden UMNO, tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh memecahbelahkan keharmonian rakyat, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Menteri wilayah persekutuan itu berkata walaupun tindakan Mahathir itu bertujuan menjatuhkan kerajaan sedia ada, ia tidak sepatutnya dibuat ketika rakyat sedang meraikan bulan kemerdekaan negara ke-59 ketika ini.

“Sememangnya Tun Mahathir ingin menjatuhkan kerajaan sedia ada dan dia akan cuba sedaya mungkin untuk mengatakan bermacam-macam bagi menjayakan hasratnya itu…saya dan kita dengar apa yang dia sebut.

“Saya tidak tahu apa pemikiran dia tetapi kaedah ini tidak sepatutnya berlaku. Kita sepatutnya berganding tangan bersama-sama membangunkan negara dan bergerak ke hadapan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu, Tengku Adnan merasmikan Program Kayuhan Merdeka Fun Ride 2016 dan Program Kembara Jalur Gemilang 2016 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di sini yang disertai 2,500 peserta.

Beliau mengulas kenyataan Dr. Mahathir baru-baru ini berhubung konsep Bangsa Johor di mana bekas perdana menteri itu mendakwa konsep tersebut mempromosikan semangat kenegerian yang hanya akan memecahbelahkan rakyat selain ungkapan tersebut menggalakkan rasa bangga diri yang tidak sihat.

Berikutan itu, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerusi laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris membidas Dr. Mahathir berhubung kenyataannya dan menyifatkannya jahil dengan sejarah Johor.

Mengulas lanjut, Tengku Adnan berkata beliau yakin rakyat juga semakin keliru dengan tindakan Dr. Mahathir yang sanggup mengaku salah dalam tindakannya mengehadkan kuasa raja-raja apabila mendapati tindakan lampaunya itu tidak memihak kepada kepentingannya ketika ini.

Katanya Mahathir juga sanggup mengaku silap berhubung tindakannya memberi kebebasan kepada internet apabila menyedari keputusan itu kini mengundang pelbagai masalah walaupun semasa pentadbirannya, bekas perdana menteri itulah yang mempengaruhui kabinet supaya meluluskan perkara tersebut.

“Saya pun tidak tahu dengan pemikirannya…jadi, biar dia dengan dunianya tetapi yang penting, kita sebagai kerajaan akan cuba menjaga dan menyelesaikan segala masalah rakyat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Tun Mahathir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tun Mahathir Dimasukkan Ke IJN

Tun Mahathir Dimasukkan Ke IJN

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sejak semalam untuk menjalani...

Kita Bersimpati Kepada Tun Mahathir Dan Keluarga – PMX Anwar

Kita Bersimpati Kepada Tun Mahathir Dan Keluarga – PMX Anwar

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd