Sunday, May 5, 2024

Creating liberating content

5 Hari Ditayangkan, ALF2...

BAHARU sahaja ditayangkan sejak lima hari lalu, nampaknya filem Abang Long Fadil 2 (ALF2)...

Jangan Dedahkan Data Peribadi...

HULU TERENGGANU - Orang ramai sekali lagi diingatkan agar tidak sekali-kali mendedahkan maklumat...

Lelaki Maut Akibat Disondol...

Tapah - Pekebun maut disondol babi hutan ketika memburu di hutan di belakang...

Sultan Johor Berkenan Mengurniakan...

Johor Bahru : Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim...

Topi Keledar Kura-Kura Masih Dikaji – Hamzah

TAIPING – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sedang mengkaji terhadap topi keledar separuh yang juga dikenali sebagai topi keledar kura-kura sebelum memutuskan sama ada ia boleh dijual atau sebaliknya.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata kajian itu antara lain akan meilhat sejauh mana topi keledar itu memenuhi spesifikasi yang ditetapkan di bawah Akta Standard Malaysia 1996.

Menurutnya pematuhan terhadap standard ditetapkan bagi semua barangan yang ada di pasaran termasuk topi keledar amat penting terutama dalam misi Malaysia mencapai status negara maju empat tahun lagi.

“Kementerian telah mengambil (sampel) topi keledar untuk membuat kajian dengan beberapa kementerian menerusi pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bagi melihat ia boleh digunakan atau tidak.

“Kita tidak mahu nanti mencapai status negara maju, tapi mempunyai barangan berkualiti rendah. Apa yang penting adalah keselamatan dan keselesaan pengguna,” katanya kepada pemberita pada sambutan Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Perak di sini hari ini yang dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir.


Beliau diminta mengulas cadangan supaya pihak kementerian memberhentikan penjualan topi keledar tersebut kerana ia boleh membahayakan nyawa penumpang motosikal.

Pada Rabu, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin ketika membuat saranan itu berkata pihaknya mendapati ramai penunggang motosikal yang gemar membeli topi keledar tersebut walaupun ia tidak memenuhi spesifikasi ditetapkan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori