• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tohmah PDRM, Penceramah Bebas Didenda RM7,000

oleh Ahmad Albab
26/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALIK PULAU – Akibat melemparkan tohmahan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM), seorang penceramah bebas hari ini didenda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah melakukan perbuatan itu pada Februari lepas.

Majistret Nur Azzuin Abdul Moati memerintahkan Nahar Afandi Ghazali, 45, yang dihadapkan ke mahkamah hari ini, menjalani hukuman penjara 30 hari jika gagal membayar denda itu.

Bapa kepada 10 anak itu menghadapi pertuduhan mentohmah Polis Diraja Malaysia ketika berceramah di Masjid Jamek Sungai Tiram, Barat Daya di sini ketika antara 6.40 pagi hingga 7.40 pagi, 20 Feb 2016.

Dia didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Ketua Unit Pendakwaan negeri Datuk Razali Che Ani memohon mahkamah mengenakan hukuman bersifat pengajaran kepada tertuduh demi kepentingan awam.

Beliau berkata ceramah yang mengandungi tohmahan terhadap PDRM itu pula telah dimuat naik ke dalam laman sosial yang boleh ditonton orang ramai.

Peguam Norliza Mohd Ali yang mewakili tertuduh memohon mahkamah mengenakan hukuman denda pada jumlah kecil kerana tertuduh telah mengakui kesilapan dan berjanji tidak akan mengulanginya.

Tertuduh membayar denda itu. – BERNAMA

Tags: dendapenceramah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Tindakan Jawatankuasa Etika dan Tatatertib AFC mengenakan denda AS$7,000 (RM27,700) terhadap Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas tujuh...

AFC Denda Al-Ahli RM27,700 Lewat Kembali ke Padang Ketika Menentang JDT, Ali Majrashi Digantung Tiga Perlawanan

AFC Denda Al-Ahli RM27,700 Lewat Kembali ke Padang Ketika Menentang JDT, Ali Majrashi Digantung Tiga Perlawanan

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Juara bertahan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE), Al-Ahli dikenakan denda oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd