• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, September 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tinggalkan Isteri Kerana Jatuh Cinta Dengan Mak Mertua

oleh Ahmad Albab
21/08/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG lelaki di India sanggup meninggalkan isterinya gara-gara mabuk cinta dengan ibu mertuanya sendiri, hingga akhirnya mengahwini wanita yang 20 tahun lebih tua daripadanya itu.

Walau bagaimanapun, kini, Suraj Mahto, 22, mengakui dirinya menyesal mengahwini Asha Devi, 42, dan sudah memfailkan perceraian, menurut Daily Mail.

Asha pada mulanya tinggal bersama anak perempuannya Lalita kerana mahu membantu menjaga Suraj yang sedang sakit sebelum terjebak dalam hubungan cinta.

Selepas Asha pulang ke rumahnya di kampung, Suraj sering menghubunginya dan mereka akan berbual di telefon selama beberapa jam. Suraj juga akan menemui ibu mertuanya itu di rumah ketika ayah mertuanya keluar bekerja.

Namun, cinta mereka terbongkar apabila Lalita mendapat tahun tentang hubungan sulit antara suami dan ibunya dan dia juga meminta agar ibunya menjauhkan diri dari Suraj tetapi ibunya enggan berbuat demikian.

Bapa Lalita yang bekerja di sebuah kilang di Delhi juga tidak mampu menghentikan hubungan cinta mereka berdua, lapor Daily Mail.

Akhirnya, Suraj dan Asha berkahwin lari pada 1 Jun lalu dan mereka menyedari sudah melakukan kesilapan selepas dua bulan menjalani kehidupan sebagai suami isteri.

Suraj berkata, dia sudah menyedari kesilapannya dan kini tidak lagi menganggap Asha sebagai isterinya, tetapi sebagai ibu mertuanya.

Tambahnya, dia akan memujuk Lalita agar kembali ke pangkuannya kerana mereka juga mempunyai seorang anak lelaki.

Asha juga mengatakan dia tidak menganggap Suraj sebagai suami malah hanya menganggapnya sebagai suami kepada anaknya dan mengakui tidak sabar untuk pulang ke pangkuan suaminya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Indiamak mertua
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Video Dua Wanita Muslim Belajar Yoga Di India Tular, Salah Seorang Tampil Beri Penjelasan

Video Dua Wanita Muslim Belajar Yoga Di India Tular, Salah Seorang Tampil Beri Penjelasan

05/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Salah seorang daripada dua wanita Melayu yang tular menerusi rakaman video mengikuti latihan Yoga di India tampil...

Bukan Melayu Tidak Perlu Bimbang Persefahaman BN-PN, Kata Jalaluddin

Bukan Melayu Tidak Perlu Bimbang Persefahaman BN-PN, Kata Jalaluddin

18/07/2026
0

JELEBU - Pengundi bukan Melayu khususnya masyarakat Cina dan India diseru agar tidak berasa khuatir atau ragu-ragu terhadap persefahaman politik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd