• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Kejutan Akan Berlaku Di Terengganu, Tegas MB

oleh Ahmad Albab
03/08/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman menegaskan “tiada sebarang kejutan akan berlaku” di Terengganu.

“Tiada isu pilihan raya negeri dibincangkan dan pentadbiran berjalan dengan baik malah mendapat sokongan Exco,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Ahmad Razif berkata segala spekulasi yang ditimbulkan pihak tertentu dalam tempoh terdekat ini hanya cubaan untuk mengeruhkan keadaan menjelang persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 8 Ogos ini.

“Saya tak dapat makluman sepenuhnya tentang perkara ini, tindakan yang perlu kami buat adalah secara bersama. Saya rasa tidak ada apa-apa isu, saya harap media tidak panjangkan isu ini kerana saya lihat Terengganu tiada sebarang masalah,” katanya ketika ditanya pemberita berhubung isu kepimpinannya.

Beliau menafikan timbul desakan supaya beliau meletakkan jawatan kerana katanya keadaan semasa masih stabil dan mendapat sokongan pemimpin lain.

“Saya tiada makluman ada desakan ke atas saya. Saya tidak tahulah macam mana media boleh timbulkan isu ini kerana saya telah katakan bahawa Terengganu berada dalam keadaan terkawal, politik kita stabil. Ini adalah satu desas-desus yang cuba ditimbulkan menjelang kita mengadakan (sidang) DUN,” katanya.

Mengenai khabar angin yang menyatakan beliau telah mengadakan mesyuarat tergempar membabitkan Exco dan wakil rakyat, Ahmad Razif berkata “Itu tidak betul. Itu mesyuarat sebelum sidang DUN. Itu adalah jadual awal kita … ia tiada kena mengena, ia mengenai sidang DUN. Yang kita bincang semalam adalah tentang soalan dan Undang-Undang Tetap Dewan.”

Menteri Besar yang kelihatan tenang ketika menjawab pelbagai soalan diajukan pemberita berkata, sehingga kini tiada sebarang notis undi tidak percaya diterima yang mahu beliau meletak jawatan.

“Tidak ada apa-apa. Jika hendak timbulkan isu ia mesti 14 hari notis, sekarang tiada apa-apa isu. Tiada kemungkinan … kerajaan kita stabil cuma mungkin ada pihak-pihak yang cuba mencetuskan (sesuatu),” katanya.

Mengulas tentang teguran Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil Ghazali Taib terhadap kepimpinannya, katanya beliau akan mengkaji perkara tersebut secara bersama dan berpandangan bahawa Ghazali hanya melontarkan pandangan peribadi beliau.

Ahmad Razif berkata tindakan Ghazali itu bukanlah satu perkara yang perlu diperbesar-besarkan dan Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu dan kerajaan negeri tidak akan mengambil sebarang tindakan namun terpulang kepada pihak tertinggi parti.

“Saya tak tahu apa sebenarnya yang ditimbulkan, itu mungkin pandangan peribadi beliau dalam soal tindakan perlu diambil terhadap bekas Menteri Besar (Datuk Seri) Ahmad Said …tetapi bagaimanapun kami akan selesaikan perkara ini,” katanya.

Semalam, Ghazali dalam kenyataannya kepada media, meminta supaya kepimpinan tertinggi UMNO mengambil pendekatan dan tindakan segera menyelesaikan apa yang dianggapnya kemelut pentadbiran negeri. – BERNAMA

Tags: Ahmad Razif Abdul RahmanTerengganu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lagu Negaraku Diselitkan Dalam Iklan Olimpik Samsung

Next Post

5 Anggota Geng Pecah Rumah Ditahan Di Seremban

Related Posts

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

25/05/2025
0

Kuala Terengganu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu merekodkan sebanyak 338 kes membabitkan pelbagai kesalahan dengan...

Hujan Berterusan Tahap Waspada Diramal Landa Sabah, Kelantan Dan Terengganu

Hujan Berterusan Tahap Waspada Diramal Landa Sabah, Kelantan Dan Terengganu

22/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada yang dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah, Kelantan...

Next Post

5 Anggota Geng Pecah Rumah Ditahan Di Seremban

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd