• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Thailand Akan Buat Pilihan Raya Umum Tahun Depan

oleh Ahmad Albab
07/08/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Pungutan Suara ke atas perlembagaan baharu yang disokong junta berlangsung hari ini di Thailand bagi membuka jalan ke arah pilihan raya umum 2017 yang memerlukan kerajaan masa depan memerintah mengikut syarat tentera.

Undian ini adalah ujian populariti terbesar pertama junta yang diketuai Perdana Menteri, Prayuth Chan-ocha, yang menyekat aktiviti politik sepanjang tempoh dua tahun sejak merampas kuasa pada 2014.

Petunjuk awal menggambarkan perlembagaan baharu sedikit mendahului, tetapi kebanyakan pengundi masih belum membuat sebarang keputusan.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, pihaknya menyasarkan kehadiran 80 peratus daripada kira-kira 50 juta pengundi yang layak. Keputusan awal dijangka pada kira-kira jam 8 malam (waktu tempatan).

Prayuth berkata, beliau tidak akan meletakkan jawatan jika Thailand menolak perlembagaan itu dan pilihan raya umum akan tetap diadakan tahun depan walau apapun keputusannya. “Kita perlu mengadakan pilihan raya umum pada 2017 kerana itu adalah janji yang kita buat.

“Tiada sebarang piagam yang mampu memuaskan semua orang 100 peratus,” katanya.

Pengkritik berkata, piagam itu adalah cubaan tentera untuk berbaik-baik selepas kegagalan menyekat populariti bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra daripada politik Thai selepas rampasan kuasa yang menyingkirkan beliau pada 2006. – Reuters

Tags: Pilihan RayaThailand
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mohamad Sabu Dakwa Fahaman Ekstrem Kanan Kembali Selepas DAP Muncul Hebat

Mohamad Sabu Dakwa Fahaman Ekstrem Kanan Kembali Selepas DAP Muncul Hebat

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Mohamad Sabu mendakwa fahaman ekstrem kanan yang berbahaya kepada negara...

PH Akan Bangkit Dalam Masa Terdekat – Ismail Salleh

PH Akan Bangkit Dalam Masa Terdekat – Ismail Salleh

03/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin Pakatan Harapan (PH), Datuk Dr Ismail Salleh yakin PH akan bangkit dalam masa terdekat. Kata beliau,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd