Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

PAS Akan Pastikan Tok...

PAS akan menggabungkan jenteranya di Rembau dan Negeri Sembilan dengan UMNO bagi membantu...

Skandal Aliff – Afifah,...

ADUHAI, tidak reda lagi nampaknya kontroversi yang melanda pasangan hero dan heroin pelakon...

Warga Emas Maut Motosikal...

GEORGE TOWN - Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung...

Dadah Bernilai RM72.5 Juta...

BUKIT MERTAJAM - Sejumlah dadah jenis Eramin 5 bernilai RM72.5 juta dirampas salam...

Suspek Kes Bunuh 3 Sekeluarga Direman 7 Hari

MELAKA – Seorang lelaki direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes pembunuhan tiga sekeluarga di sebuah rumah di Kampung Bertam Malim di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Melaka Datuk Ramli Din berkata siasatan terhadap suspek berumur 26 tahun itu dijalankan dalam pelbagai aspek terutamanya berkaitan punca dan motif kejadian berkenaan.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Melaka Mohd Anuar Ostadi.

Sementara itu, Ramli berkata dua lagi mangsa yang cedera dalam kejadian itu masih dirawat di unit rawatan rapi Hospital Melaka dan kini dalam keadaan stabil manakala seorang lagi wanita berusia 70-an yang terlibat kini dalam keadaan trauma.


Dalam kejadian pada awal pagi semalam, Hassan A.Wahab, 70, isterinya Mariah Baharin, 60, dan anak lelaki mereka Muhammad Taufeq, 22 ditemui mati dipercayai dibunuh manakala dua lagi anak mereka Noor Hazlinda Diyana, 26, dan Nuraqedah Aeina, 24, cedera.

Seorang lagi mangsa iaitu ibu kepada Mariah, Siti Khatijah Muhammad berusia 70-an turut dirawat di Hospital Melaka. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori