• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SSM Hargai Staf Perjuang RUU Sejak 2003 Sampai Lulus

oleh AK-47
23/08/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengadakan majlis khas sempena kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Syarikat dan Skim Kepentingan di Hotel Pullman, Putrajaya di sini, hari ini.

Penambahbaikan RUU yang diusahakan SSM sejak 2003 dapat menyokong dan memperbaiki penarafan antarabangsa bagi Malaysia dalam Laporan ‘Doing Business’ dan ‘Report on the Observance of Standards and Codes’ (ROSC) yang disediakan oleh Bank Dunia sekaligus membaiki kedudukan negara sebagai ekonomi paling mesra perniagaan.

Selain itu, RUU Skim Kepentingan yang turut diluluskan Parlimen pada April tahun ini turut membawa pembaharuan yang dapat mengawalselia keperluan dan tatacara penjanaan atau pengumpulan dana secara alternatif selain penawaran saham melalui kerangka pasaran modal sedia ada atau pinjaman dari institusi kewangan.

Baca: SSM Serah Kutipan Zakat Perniagaan RM1 Juta

Susulan kejayaan kelulusan kedua-dua RUU, kumpulan Jawatankuasa Semakan Semula Undang-Undang Korporat (Corporate Law Reform Committe – CLRC) serta Jawatankuasa Konsultif Isu-Isu Perakaunan (Account Issues Consultative Committee) yang telah memberikan sumbangan tenaga, idea dan komitmen di sepanjang proses penggubalan RUU Syarikat dan Skim Kepentingan telah diraikan sebagai tanda penghargaan.

“Sesungguhnya pencapaian peringkat terakhir ini adalah atas usaha anda semua yang tidak pernah kenal penat lelah dalam menyumbangkan komitmen sejak 2003 sehinggalah kedua-dua RUU diluluskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada April tahun ini,” ujar Menteri KPDNKK Dato’ Seri Hamzah Zainudin dalam ucapannya.

Turut berlangsung pada majlis hari ini, Memorandum Perjanjian Kerjasama (MoU) Strategik dengan Bank Rakyat bagi memeterai kemudahan pembiayaan perumahan kepada warga kerja SSM.

SSM Hargai Staf Perjuang RUU Sejak 2003 Sampai Lulus
Zahrah menandatangani MoU Strategik antara SSM dengan Bank Rakyat sambil diperhatikan Hamzah (berdiri, tengah) dalam majlis di Hotel Pullman Putrajaya, pada Selasa.

MoU ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Dato’ Zahrah Abd Wahab Fenner dan Pengarah Urusan Bank Rakyat, Dato’ Mustafha Abd Razak dengan disaksikan Hamzah, Timbalan Menteri KPDNKK, Dato’ Henry Sum Agong dan Ketua Setiausaha KPDNKK merangkap Pengerusi SSM, Dato’ Sri Jamil Hj Salleh. – MYNEWSHUB.CC

Tags: KPDNKKRUU Skim KepentinganRUU SyarikatSSM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rakyat Malaysia Kutuk Kekejaman Amerika Syarikat

Next Post

Nuan Nuan Mungkin Dihantar Pulang Ke China

Related Posts

SSM Buka Siasatan Penipuan Skim Pelaburan Babit Kerugian RM1 Bilion

SSM Buka Siasatan Penipuan Skim Pelaburan Babit Kerugian RM1 Bilion

23/06/2023
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) membuka kertas siasatan berhubung kes penipuan skim pelaburan yang membabitkan kerugian RM1 bilion. Ikuti...

Prasarana Buat Laporan SPRM, SSM Projek Rugi Hampir RM500 Juta

04/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan membuat laporan kepada pihak berkuasa selepas mencatatkan kerugian bernilai 417 juta riyal...

Next Post

Nuan Nuan Mungkin Dihantar Pulang Ke China

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd