• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Tahan 2 Koperal Terima RM500 Dari Pemandu Lori

oleh
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan dua anggota polis trafik berpangkat koperal semalam kerana menerima wang suapan sebanyak RM500 daripada seorang pemandu lori.

Mereka bertugas di bahagian trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah di sini.

Sumber SPRM berkata mereka yang masing-masing berumur 52 dan 56 tahun ditahan ketika sedang bertugas di perhentian bas di Jalan Muthu Palaniappan di sini.

“Mereka ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes menerima wang suapan sebanyak RM500 dari seorang pemandu lori membawa ais kiub bagi melepaskan kenderaan berkenaan semasa satu operasi awal pagi semalam.

“Lori itu ditahan kerana cukai jalannya telah tamat dan difahamkan dua anggota polis tersebut telah meminta wang bagi melepaskan kenderaan terbabit,” katanya kepada Bernama.

Sumber itu berkata pemandu itu kemudiannya membuat laporan kepada SPRM.

Beberapa anggota polis yang terlibat dalam operasi awal pagi semalam itu akan turut dipanggil bagi membantu siasatan, katanya.

Sementara itu Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk M. Samarajoo ketika dihubungi mengesahkan penahanan dua anggota polis berkenaan.

Beliau berkata kedua-duanya dibebaskan malam tadi selepas pihaknya merekodkan keterangan daripada mereka. – BERNAMA

Tags: rasuahSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyokong tindakan tegas berhubung isu pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd bagi memastikan...

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd