• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skandal Paya Indah: SAMM Lapor SPRM Salah Laku Azmin

oleh AK-47
dalam Jenayah, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA - Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali berhubung salah guna kuasa dalam isu penukaran status sebidang tanah di Paya Indah Wetlands.

Pengasas organisasi propembangkang itu, Badrul Hisham Shaharin turut menyerahkan bukti-bukti yang mendakwa terdapatnya penyelewengan tanah melibatkan proksi Azmin Ali, kira-kira jam 3 petang Jumaat, di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

Menurut Badrul atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard, Azmin telah meluluskan penukaran status tanah di Lot 68054 seluas 619 hektar daripada pertanian (terhad) kepada kawasan pembangunan.

“Berdasarkan beberapa dokumen kerajaan negeri, tanah itu terletak di kawasan yang dilindungi di mana segala usaha pembangunan telah ditolak. 

“Setelah kita siasat, kami dapati isu status penukaran tanah ini melibatkan seorang proksi Menteri Besar. Malah, ada bukti mesej whatapps daripada proksi berkenaan yang juga merupakan Exco kerajaan negeri Selangor.

“Kita telah serahkan semua dokumen dan bahan bukti kepada SPRM. Kita serahkan kepada mereka untuk menjalankan siasatan dengan lebih lanjut. 

“Sekarang kita tidak mahu ganggu siasatan, tetapi berharap semua dokumen yang kita serahkan ini menjadi bukti kukuh untuk dakwa Menteri Besar Selangor di mahkamah pengadilan,” katanya yang ditemui Mynewshub, sebentar tadi.

DSC00950

DSC00942

Dalam pada itu, Chegu Bard menyifatkan kes ini lebih serius daripada kes skandal hartanah melibatkan banglo Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan transaksi pertukaran projek perumahan flat murah kepada hotel dan hospital mewah.

Ditanya mengenai isu pemecatannya dalam parti Parti Keadilan Rakyat (PKR), Chegu Bard memberitahu, dia tidak pasti tentang status terkininya namun akan bertemu dengan kepimpinan parti tidak lama lagi.

DSC00991

Pada masa yang sama, Chegu Bard turut telah melancarkan booklet #SkandalAzmin68054 yang mendedahkan semua latar belakang Paya Indah Wetlands, fakta dan bukti penyelewangan yang telah dilakukan oleh menteri besar itu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Azmin AliPKR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa PKR, Dr Maszlee Malik mengemukakan permintaan kepada wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di...

PMX Anwar Masih Dalam Proses Pemulihan Kesihatan – Fuziah

PMX Anwar Masih Dalam Proses Pemulihan Kesihatan – Fuziah

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi contoh teladan tentang komitmen,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd