• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siswi UiTM, Nurul Nabilah Dinobat Keenam Terbaik Dunia

oleh AK-47
24/08/2016
dalam Utama & Sensasi
1
Share on FacebookShare on Twitter

SISWI Fakulti Perakaunan, Universiti Tekonologi MARA (UiTM) Shah Alam, Nurul Nabilah Abdul Jalil mengharumkan nama negara apabila meraih penghormatan antara enam pelajar terbaik dunia bagi Kertas P2 Laporan Korporat, Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) pada Jun lalu.

Tambah membanggakan lagi, dia berjaya ‘mengalahkan’ pesaing-pesaingnya dengan menduduki tempat pertama dengan catatan markah yang paling tinggi untuk kertas tersebut.

Siswi UiTM, Nurul Nabilah Dinobat Keenam Terbaik Dunia

Memetik kata-kata Nabilah kepada akhbar Berita Harian, faktor utama kejayaan yang dikecapinya itu adalah atas usaha, dorongan dan restu daripada keluarga serta para tenaga pengajar ACCA.

Tambah gadis berusia 21 tahun ini lagi, memiliki ahli keluarga yang mempunyai latar belakang dalam bidang yang sama turut mengukuhkan lagi semangatnya untuk berjaya.

“Syukur dengan kejayaan ini dan semua usaha yang dilakukan sebelum ini rasa terbalas selepas mendapat keputusan cemerlang Kertas P2”, katanya.

Selain faktor dinyatakan itu, sikap suka bertanya dan tidak mudah putus asa dalam setiap perkara yang diusahakan turut menjadi pemangkin kejayaannya.

“Saya sentiasa bersemangat dan tidak pernah mengalah serta fokus dalam apa yang diusahakan adalah faktor utama keputusan cemerlang ini,” jelasnya.

Difahamkan, Nabilah kini sedang melanjutkan dua kursus ACCA terakhir iaitu P4, Pengurusan Kewangan Lanjutan dan P6, Percukaian Lanjutan dan dijangka menamatkan pengajian Disember ini. – MYNEWSHUB.CC

Tags: ACCANurul NabilahUiTM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kumpulan Pelajar Berpakaian Mirip KKK, Ini Penjelasan UiTM

Kumpulan Pelajar Berpakaian Mirip KKK, Ini Penjelasan UiTM

15/04/2025
0

SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjelaskan penggunaan pakaian menyerupai kostum tertentu oleh sekumpulan pelajar di Kampus Dengkil baru-baru ini...

‘Kita Sedia Atur Jumpa Keluarga Mangsa, Tapi Biarlah Pertemuan Itu Pada Masa Sesuai…’ – UiTM

‘Kita Sedia Atur Jumpa Keluarga Mangsa, Tapi Biarlah Pertemuan Itu Pada Masa Sesuai…’ – UiTM

12/10/2024
0

DUNGUN: Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Terengganu bersedia mengatur pertemuan antara suami wanita yang terbabit dalam kemalangan mengorbankan tiga pelajar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd