• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DUN Terengganu Ditangguh Tanpa Sebarang Insiden

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu berakhir hari ini tanpa sebarang insiden seperti yang diuar-uarkan sebelum ini.

Kesemua 32 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kecuali Anggota DUN Rhu Rendang, Datuk Seri Hadi Awang yang tidak hadir berikutan sedang berada di Turki, dilihat memberi komitmen terhadap perkara-perkara yang dibahaskan.

Malah Adun Kijal Datuk Seri Ahmad Said yang dikatakan akan mengemukakan usul tergempar tidak berbuat demikian.

Bekas Menteri Besar itu hanya berada pada sesi awal sidang dan tidak kelihatan selepas sesi rehat iaitu kira-kira pukul 11 pagi.

Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Mohd Zubir Embong mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua Adun dan menangguhkan sidang mesyuarat kedua penggal keempat Dewan Undangan Negeri Ke-13 ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman yang ditemui pemberita kemudiannya mengucapkan syukur kerana tidak berlaku perkara yang tidak diingini malah beliau menyifatkan semuanya berjalan dengan lancar. – BERNAMA

Tags: DUNTerengganu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Calon BERSAMA Lau Yi Leong Dedah Belanja Kempen DUN Johor Jaya Lebih RM50,000

Calon BERSAMA Lau Yi Leong Dedah Belanja Kempen DUN Johor Jaya Lebih RM50,000

12/08/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon parti BERSAMA bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Jaya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 11...

MCA Ucap Terima Kasih Anthony Loke: ‘Kami Memang Tidak Pernah Menang Di Negeri Sembilan Sejak 2013

MCA Ucap Terima Kasih Anthony Loke: ‘Kami Memang Tidak Pernah Menang Di Negeri Sembilan Sejak 2013

20/07/2026
0

SEREMBAN - MCA mengucapkan terima kepada Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook kerana mengingatkan MCA tidak pernah memenangi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd