• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siasatan Dalaman Kes Guru Didakwa Rogol, Cabul Murid

oleh Ahmad Albab
09/08/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JELEBU – Kementerian Pendidikan akan menjalankan siasatan dalaman berhubung kes guru didakwa mencabul dan merogol murid di Terengganu dan Sabah baru-baru ini, kata Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata kes itu turut diserahkan kepada polis siasatan.

“Saya amat kecewa dengan berita seumpama ini bagaimana guru boleh (didakwa) terlibat dalam kes seumpama ini …kes ini sudah jadi kes polis.

“Cuma kita di peringkat jabatan dan kementerian akan buat siasatan dalaman yang boleh menentukan bagaimana tindakan boleh diambil kepada penama sekiranya kes itu terbukti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Jelebu di sini hari ini.

Mahdzir berkata bahkan kes berkaitan skim cepat kaya yang turut melibatkan guru juga diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan.

Beliau juga berkata pihaknya akan meneliti kaedah yang sesuai bagi mencegah perkara seperti itu berleluasa.

Baru-baru ini seorang guru berusia 50 tahun ditahan di Besut, Terengganu kerana didakwa mencabul tiga muridnya manakala seorang guru disiplin berusia 53 tahun di Telupid, Sabah turut ditahan atas dakwaan menodai tiga anak muridnya yang berusia antara 9 dan 10 tahun.

Mengenai aplikasi permainan Pokemon Go, Mahdzir berkata gajet tidak dibenarkan dibawa ke sekolah dan ia jelas termaktub dalam peraturan sekolah.

“Sekiranya berlaku, guru memang akan membuat rampasan.

Kalau murid dan pelajar sekolah bawa dan bermain di luar waktu sekolah, itu adalah di dalam kawalan ibu bapa,” katanya. – BERNAMA

Tags: cabulrogol
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

TDM Nafi Dakwaan Tular Di Media Sosial, Beri Amaran Ambil Tindakan Undang-Undang

TDM Nafi Dakwaan Tular Di Media Sosial, Beri Amaran Ambil Tindakan Undang-Undang

15/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Tentera Darat Malaysia (TDM) menegaskan komitmennya untuk menyiasat setiap dakwaan berdasarkan fakta dan undang-undang, sambil memandang serius...

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video ucapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming didakwa mengkritik kerajaan PAS...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd