• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siap Dibina, Masjid Perodua Rawang Sedia Digunakan

oleh AK-47
06/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS dua tahun pembinaan, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) telah menyiapkan sebuah masjid baharu dikenali sebagai Masjid Perodua yang terletak di ibu pejabatnya di Sungai Choh, Rawang.

Menurut sebuah laman kereta Paultan.org, Masjid Perodua itu telah beroperasi semalam dan telah menjalankan solat Jumaat pertama di sana.

Siap Dibina, Masjid Perodua Rawang Sedia Digunakan

Siap Dibina, Masjid Perodua Rawang Sedia Digunakan

Ianya dibina di atas sebidang tanah dengan keluasan 3.78 ekar dan berharga sekitar RM9.8 juta. Masjid yang berkeluasan 0.92 ekar itu mampu menampung jemaah seramai 3,000 orang dan ia adalah salah satu daripada inisiatif tanggungjawab korporat syarikat berkenaan dalam menyediakan kemudahan kepada pekerja dan masyarat yang tinggal berdekatan.

“Kami berharap Masjid Perodua ini akan menjadi sebuah pusat komuniti untuk masyarakat disekeliling,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh.

Siap Dibina, Masjid Perodua Rawang Sedia Digunakan

“Selain itu, rumah ibadat ini juga akan memberi manfaat kepada ‘Peroduans’ (kakitangan Perodua) dalam membekalkan kemudahan dan keselamatan, terutama sekali ketika solat Jumaat,” jelasnya.

Selain daripada ruang solat, masjid ini juga mempunyai kemudahan lain seperti gerai-gerai makanan dan ruang untuk mengadakan acara komuniti seperti majlis perkahwinan dan pengebumian.

Masjid tersebut telah didermakan kepada masyarakat melalui kaedah waqaf, dan diserahkan kepada Jabatan Selangor Hal Ehwal Islam (JAIS) mengikut undang-undang negeri.

Pihak berkuasa yang diamanahkan dalam menguruskan pentadbiran masjid itu adalah jawatankuasa penaja yang diketuai oleh Pengerusi Badan Agama Islam Perodua, Noor Hashiman Sulaiman. – MYNEWSHUB.CC

Tags: masjidPeroduaRawang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nga Kor Ming Salur RM72,000 Kepada 24 Buah Masjid, Tradisi DAP Eratkan Silaturahim

Nga Kor Ming Salur RM72,000 Kepada 24 Buah Masjid, Tradisi DAP Eratkan Silaturahim

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming memaklumkan beliau meneruskan tradisi murni DAP dengan menyalurkan...

Firdaus Wong Tegur NGO Islam, Masjid, Surau Anjur Perayaan Agama Lain

Firdaus Wong Tegur NGO Islam, Masjid, Surau Anjur Perayaan Agama Lain

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mengkritik badan bukan kerajaan (NGO) Islam, masjid dan surau yang 'terhegeh-hegeh' menganjurkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd