• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1 Maut & 30 Cedera Dalam 2 Serangan Bom Di Pattani

oleh Ahmad Albab
24/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PATTANI – Seorang wanita maut manakala 30 yang lain cedera apabila dua butir bom meletup di tengah-tengah bandar Pattani lewat malam tadi, menurut Polis Thailand.

Ketua Polis Daerah Muang Kol Kirati Waeyusoh berkata serangan bom pertama berlaku di tempat letak kereta di sebuah pusat hiburan pada 11 malam (waktu tempatan) manakala serangan kedua berlaku di hadapan sebuah hotel.

“Letupan bom kedua berlaku di pintu masuk Hotel Southern View tidak lama selepas kejadian pertama dan telah menyebabkan kebakaran besar. Letupan disebabkan bom buatan sendiri seberat 100kg dipasang di dalam sebuah kereta,” katanya hari ini.

Beliau berkata anggota bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk memadamkan kebakaran yang berlaku susulan daripada letupan bom kedua itu, yang turut menyebabkan kerosakan besar pada premis perniagaan berhampiran.

Menurut Kirati, sebutir lagi bom buatan sendiri meletup di daerah Nongchik di wilayah Pattani pada 12 tengah malam tetapi tidak menyebabkan sebarang kematian dan kecederaan.

Pihak polis masih menyiasat motif kejadian dan mereka yang bertanggungjawab terhadap kejadian letupan bom itu, selain menganggarkan jumlah kerugian akibat kejadian itu, katanya. – BERNAMA

Tags: mautserangan bom
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa...

Petronas Sahkan Tiga Pekerja Maut Dalam Insiden di FSO Sepat

Petronas Sahkan Tiga Pekerja Maut Dalam Insiden di FSO Sepat

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Petronas mengesahkan satu insiden berlaku ketika kerja-kerja penyelenggaraan bot penyelamat di Kemudahan Penyimpanan dan Pemindahan Terapung (FSO)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd