• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rio: 5 Lagi Pingat Untuk Direbut Atlet Malaysia

oleh Ahmad Albab
11/08/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIO DE JANEIRO – Atlet negara begitu bersemangat untuk menghasilkan lima lagi pingat buat Malaysia susulan kejayaan pasangan penerjun Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong menghadiahkan pingat pertama negara di Rio.

Kejayaan mereka merangkul pingat perak dalam acara 10m platform serentak wanita menyemarakkan semangat atlet lain dalam acara terjun, badminton dan berbasikal.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan berkata beliau yakin dan percaya banyak lagi pingat bakal diperoleh dari acara terjun, badminton dan menerusi pakar berbasikal kerin Azizulhasni Awang.

Beliau berkata berdasarkan prestasi semasa, harapan tinggi terletak pada acara badminton untuk menyumbang dua pingat menerusi Datuk Lee Chong Wei dalam acara perseorangan lelaki dan acara beregu.

Bagi acara terjun, Pandelela dan Jun Hoong berpeluang cerah masing-masing dalam acara 10m platform individu dan 3m papan anjal, katanya.

Saravanan yang melawat perkampungan sukan di sini pada Rabu berkata beliau berpuas hati dengan prestasi 32 atlet negara di Rio tetapi kesal dengan acara memanah.

Trio recurve lelaki gagal mencapai harapan selepas terkeluar awal hari ini dengan Khairul Anuar Mohamad gagal untuk layak dalam acara individu dalam kalangan 16 pemanah.

Pasukan negara berkedudukan paling bawah dalam kalangan 12 negara pada pusingan kelayakan menentukan ranking dan dikalahkan Perancis dalam pusingan pertama.

Mengenai kunjungannya, beliau berkata beliau datang untuk memberi sokongan kepada pasukan negara di samping meninjau kemudahaan yang disediakan negara tuan rumah dalam menganjurkan acara sukan terbesar dunia ini.

“Saya kagum dengan kemudahan yang disediakan negara tuan rumah. Walaupun menghadapi krisis ekonomi, negara ini melakukaan yang terbaik untuk para atlet,” katanya.

Saravan berkata kemudahan seperti pengangkutan adalah cemerlang dengan penyediaan laluan untuk bas dan kereta bagi membawa atlet dan pegawai ke venue pertandingan dan balik ke perkampungan sukan.

Beliau berkata kemudahan seperti itu dan lain-lain lagi diberi perhatian dan akan dibincangkan dalam kalangan pegawai kementerian sempena Malaysia akan menjadi tumah rumah Sukan SEA tahun depan.

Sementara itu chef-de-mission negara, Tan Sri Mohamad Al Amin Abdul Majid yang turut mengiringi Saravanan ke perkampungan sukan berkata beliau berharap semua atlet negara akan memberi persembahan terbaik dalam acara masing-masing.

“Terdapat kekecewaan atas beberapa sebab namun layak ke olimpik sudah merupakan satu kejayaan,” katanya.

Setakat ini atlet memanah, angkat berat dan menembak sudah menghabiskan misi mereka di Rio. – BERNAMA

Tags: atletsukan olimpik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Atlet Terengganu Gagal Doping, Ambil Ubat Lelah, Tahan Sakit

Atlet Terengganu Gagal Doping, Ambil Ubat Lelah, Tahan Sakit

20/09/2022
0

DUA atlet Terengganu yang gagal dalam ujian doping sebelum ini berpunca daripada pengambilan ubat-ubatan ketika menjalani latihan pusat di Cameron...

Johor Giat Pencarian Atlet Pelapis Sukma 2024

20/04/2022
0

JOHOR BAHRU : Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) kini sedang rancak melakukan persiapan khususnya melibatkan aspek pencarian atlet dan bakat-bakat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd