Wednesday, July 24, 2024

Creating liberating content

MAHA: FAMA Sasar 50...

KUALA LUMPUR – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) meletakkan sasaran mewujudkan sekurang-kurangnya 50...

Moratorium Tersedia Untuk Semua...

KUALA LUMPUR - Lebih 700,000 permohonan diterima Bank Negara Malaysia dan institusi perbankan...

339 Pati Ditahan Sekitar...

KOTA KINABALU - Sebanyak 339 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi...

Muhd Safawi Belum Puas...

SHAH ALAM - Penyerang skuad Bawah 22 (B-22) negara, Muhd Safawi Rasid masih...

Kalau Dah Jodoh – Remaja Nikah Wanita Berusia

JIKA sudah tertulis seseorang itu adalah jodoh kita, sudah tentu ianya tidak mengira paras rupa, pangkat, darjat  ataupun usia.

Terbaharu, kecoh menerusi laman sosial apabila tersebar gambar memaparkan suasana pernikahan seorang remaja lelaki berkahwin dengan wanita yang beza jarak usia 24 tahun daripadanya.

Remaja lelaki berusia 18 tahun sementara wanita tersebut berusia 42 tahun itu dikatakan berkahwin di Kuala Penyu, Sabah.

Difahamkan remaja tersebut dari Kampung Kekapor manakala pengantin perempuan dari Kampung Mansud yang berada di dalam satu kawasan iaitu Kuala Penyu.

Gambar pasangan tersebut yang dimuat naik baru-baru ini melalui laman sosial mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

Ada yang mengucapkan tahniah dan mendoakan hubungan pasangan ini kekal lama, walaupun jarak usia seperti ibu dan anak.


“Jarak umur 24 tahun, macam anak sulung. Tapi jodohkan tak mengira usia. Tahniah selamat pengantin baru kekal hingga ke jannah. Amin,” kata pemilik akaun Facebook Rashid Jp.

Namun ada juga netizen yang membuat persamaan perkahwinan ini dengan artis luar negara seperti Jennifer Lopez dan Madonna.

“Apa pun doa lah yang baik2 untuk mereka… jangan dikecam. Sekurang kurangnya dia kahwin sama perempuan jugak… bukan sejenis… atau kunyit… hahahahahahaha!” kata pemilik akaun Facebook Asif Khairul. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori