• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tumpaskan Sindiket Dadah Tempatan

oleh Ahmad Albab
09/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Polis menumpaskan satu sindiket dadah tempatan dengan serbuan ke atas sebuah makmal dadah mini dan menangkap individu yang disyaki dalangnya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang, Supt Maidu Abu Bakar berkata polis merampas 1.3kg heroin, 0.89kg syabu dan beberapa jenis dadah dalam jumlah yang kecil, bernilai RM120,000.

Beliau berkata polis juga menahan dua lelaki dan seorang wanita berusia antara 32 hingga 34 tahun, dipercayai rakan sejenayah di dalam tiga operasi itu.

“Kami percaya sindiket ini membekalkan dadah untuk pasaran tempatan dan berdasarkan risikan kami, mereka baru beroperasi selama dua bulan, kata Maidu dalam satu sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata semasa operasi itu, pihaknya menyita sebuan kereta, barang kemas, satu jam berjenama, peralatan memproses dadah dan wang tunai berjumlah RM592,150.

Dalam operasi pertama pada pukul 5.30 petang Ahad lepas di sebuah kawasan perumahan di Tanjung Tokong, polis menyerbu sebuah makmal dadah mini dan memberkas dua suspek bersama heroin, yaba, syabu, kafien, sebotol asid dan peralatan memproses dadah.

Berikutan operasi itu, polis menyerbu sebuah hotel di sekitar George Town pada pukul 8 malam hari yang sama dan menahan suspek ketiga bersama heroin dan syabu.

Suspek ketiga kemudiannya membawa polis ke lokasi ketiga dan menemui dadah jenis ketamin dan syabu pada hari yang sama.

Ketiga-tiga suspek didapati positif dadah ketika ditangkap dan ada yang mempunyai rekod lampau berkaitan dadah, katanya.

Kesemua mereka direman shingga 14 Ogos ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

Tags: kes dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

02/09/2025
0

KOTA KINABALU: Polis menahan tiga lelaki dalam dua serbuan berasingan di Ranau dan Telupid, dekat sini pada 28 Ogos lalu,...

Polis Masih Siasat Kes Anak Bekas PM Ditahan Kes Dadah

Polis Masih Siasat Kes Anak Bekas PM Ditahan Kes Dadah

31/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis masih menyiasat kes membabitkan anak bekas seorang Perdana Menteri selepas sejumlah dadah ditemui dalam keretanya di Lebuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd