Wednesday, July 24, 2024

Creating liberating content

Kerosakan Sistem Pendikit Punca...

JAKARTA – Pasukan penyiasat Indonesia memaklumkan bahawa nahas pesawat Boeing 737-500 milik Sriwijaya...

Jurulatih Wusyu Terlibat Gangguan...

PETALING JAYA : Tiga kes gangguan seksual melibatkan tiga orang berlainan yang dilaporkan...

Video: Inilah ‘Insan Misteri’...

JIKA hendak, terdapat bermacam-macam cara melakukan kebaikan kepada orang lain apatah lagi di bulan Ramadan...

Tiada Lambakan Durian Di...

GOPENG - Tiada lambakan durian dilaporkan di Perak walaupun berlaku pengeluaran hasil yang...

Polis Tumpas ‘Geng Chemumar’ Curi Motosikal

KANGAR – Polis menumpaskan satu sindiket curi motosikal melibatkan kerugian kira-kira RM150,000 selepas menahan empat anggota ‘Geng Chemumar’ dua minggu lepas.

Ketua Polis Daerah Kangar, Supt Wari a/l Kiew berkata kesemua suspek berumur lingkungan 15 hingga 22 tahun itu ditahan di sekitar sini antara 10 dan 17 Ogos lepas, sementara seorang lagi yang dikenali sebagai Remy, masih diburu.

Wari berkata siasatan mendapati mereka terlibat dalam sekurang-kurangnya 50 kes curi motosikal sejak 2014 yang dilakukan di sekitar Kangar, Arau dan di daerah Kulim, Kedah.

“Sindiket ini mencuri motosikal jenis Yamaha RXZ dan Honda EX5 serta menceraikan bahagian badan motosikal berkenaan untuk dijual kepada individu yang memerlukan alat ganti motosikal,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar di sini, hari ini.

Wari berkata polis turut merampas alatan yang digunakan untuk mencuri motosikal berkenaan iaitu ‘Allen Key’ yang telah diubah suai serta meminta suspek menunjukkan cara menggunakan alat tersebut.

“Mereka (suspek) mengaku melakukan kegiatan itu di kebanyakan tempat letak motosikal seperti pasar raya, hospital, surau dan masjid terutamanya sekitar waktu senja di mana keadaan adalah gelap dan orang ramai biasanya sibuk menunaikan solat.


“Suspek kemudian akan membuang rangka motosikal berkenaan ke dalam terusan bagi menyembunyikan jenayah yang dilakukan dan alat ganti motosikal yang telah diceraikan dijual kepada pihak di luar Perlis iaitu, Kedah, Pulau Pinang dan Perak,” katanya.

Menurut Wari, polis telah menemukan sembilan rangka motosikal yang dicuri suspek di dalam terusan Tambun Tulang di Kampung Behor Mempelam di sini pada 13 Ogos lepas dan akan meneruskan operasi mencari dan mengesan kesemua motosikal terbabit.

“Polis percaya ada jaringan sindiket lain yang terlibat dengan Geng Chemumar ini di beberapa negeri bahagian utara termasuk Perak, sehubungan itu polis Perlis akan bekerjasama dengan polis negeri berkenaan,” katanya.

Dua suspek yang ditahan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah, jenayah cabul dan mencuri motosikal, kesemua mereka kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 A Kanun Keseksaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori