• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Diingat Jangan Terjebak Leka Main Pokemon Go

oleh Ahmad Albab
dalam Gajet, Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Polis Terengganu mengingatkan pegawai dan anggotanya tidak memuat turun aplikasi permainan Pokemon Go agar tidak terjebak dan leka dengan permainan maya itu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Ab Rahman berkata peringatan itu bagi mengelak sebarang kemudaratan dan risiko semasa mereka menjalankan tugas.

“Seperti yang diketahui permainan maya seperti Pokemon Go mempunyai risiko yang boleh mengancam keselamatan diri mereka sendiri sehingga menyebabkan kemalangan dan sebagainya.

“Jadi kita ingatkan pegawai dan anggota agar jangan sesekali memuat turun aplikasi ini,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Ahad.

Beliau berkata peringatan itu dikeluarkan sejajar dengan saranan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana permainan tersebut mempunyai risiko dan mendatangkan bahaya jika tidak berhati-hati.

Rosli berkata pihaknya juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang terjebak dalam permainan maya ini sehingga menceroboh kawasan larangan.

“Saya juga hendak nasihatkan mereka yang taksub mencari Pokemon ini supaya jangan langgar undang-undang yang lain termasuk menceroboh rumah orang dan memandu sambil bermain permainan tersebut.

“Sesiapa sahaja yang didapati menceroboh boleh ditangkap kerana memasuki kawasan larangan,” katanya. – mStar Online

Tags: Pokemon Gopolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

22/10/2026
0

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat dua kes berasingan membabitkan penyebaran kandungan media sosial yang disyaki mempunyai unsur hasutan,...

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd