• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Banteras Aktiviti Judi Dalam Talian Di Lawas

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Polis berjaya membanteras aktiviti perjudian empat digit dalam talian di Lawas, Limbang berikutan penahanan seorang wanita berusia 32 tahun di sebuah kafe, semalam.

Ketua Polis Daerah Lawas DSP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata suspek yang merupakan rakyat tempatan dari Kampung Long Lemutut, Ba’Kelalan, Lawas Limbang itu ditahan pada 4 petang, semalam.

Katanya, wanita berkenaan menjalankan aktiviti judi berkenaan sejak dua bulan lepas dengan menjadikan kafenya sebagai tempat operasi perjudian.

“Suspek akan berpindah ke lokasi baharu bagi mengelak daripada dikesan pihak polis…kita sedang memburu ‘mastermind’ aktiviti perjudian ini,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Abang Zainal berkata berdasarkan siasatan awal, suspek akan menerima pertaruhan dan mengeluarkan 12 tiket pertaruhan bernilai RM10 dengan slip dan kod bercetak.

“Kami merampas sebuah pencetak nombor Rego, slip pertaruhan yang tertulis empat digit nombor dan wang tunai RM208,” katanya menambah kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 4A(a) Akta Rumah Perjudian 1953. – BERNAMA

Tags: mesin judipolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd